"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adakah Majoriti Ahli Parlimen Akan Membentuk Kerajaan Perpaduan

Unity Government

Pertemuan Hadi, Haron Din, Anwar Dengan Nik Aziz
Sudah Terlewat

MALAM Isnin lepas ada dilaporkan empat pemimpin tertinggi parti politik bertemu lapan biji mata. Sampai sekarang ini berita berkenaan tidak dapat dihidu oleh mana-mana media ataupun blogger. Apakah pertemuan itu tidak penting maka ia tidak dilaporkan? Atau memang tidak ada sesiapa mengetahui mengenai pertemuan itu.

Pertemuan yang dimaksudkan itu berlangsung di Kota Bharu, Kelantan. Pemimpin tertinggi itulah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din dan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang bertemu dengan Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan itu berlaku di Kota Bharu, bermula jam 8:30 pagi hingga 11:00 pagi bertempat di kediaman menteri besar JKR 10. Pertemuan itu berlaku sambil keempat pemimpin tertinggi itu bersarapan pagi.

Anwar, Abdul Hadi dan Dr Haron Din tidak serentak dari Kuala Lumpur dan menaiki kereta sama menuju ke JKR 10.

Persoalanya apakah tujuan pertemuan itu? Sehari sebelum berlaku pertemuan itu terlebih dahulu pertemuan antara Anwar Ibrahim dengan Abdul Hadi Awang bertempat di pejabat 
Harakah di Jalan Pahang. Mereka yang sama-sama di parlimen kemudian berarak ke pejabat akhbar Pas itu.

Mungkin pertemuan awal itu sebagai persiapan untuk menemui Nik Aziz. Itu tidak penting tetapi apakah butiran dan tujuan pertemuan itu. Masakan ianya sekadar untuk duduk sekali dan minum pagi saja?

Dari apa yang difahami pertemuan itu berhubung dengan idea 
unity government yang dilontarkan oleh Abdul Hadi Awang. Pertemuan dengan Nik Aziz itu untuk menjelaskan idea berkenaan. Tetapi kenapa pula harus ada Anwar sekali? Apakah Anwar juga bersetuju dengan cadangan Abdul Hadi Awang itu dan beliau perlu ke Kota Bharu bagi menjelaskan kepada Nik Aziz?

Kalau begitu, apakah tidak cukup dengan Hadi dan Haron Din untuk menjelaskan kepada Nik Aziz.

Sejak Abdul Hadi melontarkan idea unity
 government ia ditegur oleh Nik Aziz. Cara Nik Aziz tegur sampai mengungkitkan dia adalah nakhoda menggambarklan beliau memerangi idea berkenaan. Bagi Nik Aziz idea Abdul Hadi hampas!

Kesemua yang terlibat dalam pertemuan itu tidak mengerluarkan apa-apa kenyatan sampai ke hari ini. Baik Abdul Hadi maupun Anwar tidak memberi penjelasan. Nik Aziz juga tidak memberi apa-apa butiran.

Dengan terdedahkan berita ini, bolehlah wartawan tanya mereka ini apakah hasil atau tujuan keempat pemimpin berkenaan bertemua selama kira-kira dua jam itu.

Cuma saya mendapat tahu, tujuan pertemuan itu ialah bagi menjelaskana difinasi 
unity government yang ditentang oleh Nik Aziz disebabkan salah faham beliau itu. Nik Aziz dikelirukan mengenai maksud sebenarnya yang mengandungi motif tersendiri. Setelah dijelaskan pada pertemuan itu khabarnya Nik Aziz telah memberi lampu hijau untuk membincang mengenai kerajaan perpaduan.

Sayang persetujuan yang diberikan itu sudah terlewat. Kalau Nik Aziz ikhlas dengan persetujuan itu ia sudah tidak memberi apa-apa makna lagi sebab orang yang sedia untuk membincang mengenai 
unity government dari Umno sudah pun tidak ada kuasa lagi dan akan berhenti esok ataupun lusa.

Hendaknya Pas tidak terikat dengan idea unity government saja dan selepas ini akan timbul pula idea lagi yang lebih memaju dan memantapkan lagi Pakatan Rakyat.  

 http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: