"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO Dulu, Kini Dan Selamanya…Tidak Berubah

UMNO Dulu, Kini Dan Selamanya…Tidak Berubah

   

Maka selesailah pemilihan Majlis Tertinggi UMNO, dengan semua calon pilihan Presiden baru parti mencapai kemenangan.

Sekali imbas pandang senarai pemenang, tentunya persoalan yang timbul ialah adakah retorik Najib Razak dan Abdullah Ahmad Badawi supaya UMNO menolak politik wang mendapat sokongan perwakilan.

Tokoh seperti Shahrir Samad tewas, begitu juga Menteri Besar Johor Ghani Othman yang sebelum ini membuat deklarasi terbuka tidak akan “memberi walau sesen pun” kepada perwakilan.

Yang menang ialah Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda, walaupun disabit dengan rasuah politik oleh Lembaga Displin UMNO  dan  Jamaluddin Jarjis sebagai ahli Majlis Tertinggi walaupun beliau juga tidak sepi daripada pelbagai tuduhan termasuk salah laku moral.

Yang menang ialah Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Bung Mokhtar Radin, wakil rakyat yang sering dibidas kerana ketangkasan mencaci ahli parlimen lain di Dewan Rakyat.

Berakhirnya pemilihan itu, menandakan bermula ujian Najib untuk menamakan sebuah jemaah menteri yang meyakinkan rakyat bahawa UMNO dan Barisan Nasional benar-benar serius membanteras rasuah.

Segalanya sudah diatur untuk Najib mengambil alih kepimpinan negara setelah beliau “dihadiahkan” jawatan presiden UMNO oleh Abdullah Ahmad Badawi

Adakan Najib akan memilih menantu Abdullah selaku Ketua Pemuda baru ke dalam Kabinetnya setelah Khairy disabitkan dengan rasuah politik?

Adakah sepupu bakal Perdana Menteri, Hishammuddin Hussein,  akan dihadiahkan dengan Kementerian yang lebih kanan walaupun beliau dikaitkan dengan pelbagai kegagalan dan pemborosan di Kemeneterian Pelajaran?

Persoalan-persoalan seperti inilah yang mengisi perbualan di ruang legar PWTC semasa perbahasan untuk “membela bangsa dan negara” rancak berlangsung dalam dewan.

UMNO dulu, kini dan selamanya…tetap tidak akan berubah.

  -TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: