"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kadar dan Mazlan Buat Laporan Kepada ROS Terhadap Umno


   

Perhimpunan Agung Umno ke 59 tahun ini mungkin akan diingati sebagai yang paling mencabar dan getir bagi parti itu.

Ini kerana bukan sahaja kes-kes rasuah yang berjumlah lebih daripada 900 tidak mampu diselesaikan oleh secara telus dan teratur tetapi yang paling menyerlah prospek presiden menanti yang sepatutnya menggantikan penyandang dikatakan semakin hari semakin malap kerana pelbagai kontroversi yang menyelubunginya.

Betambah parah pula apabila dua daripada ahlinya yang dikatakan melebihi tiga juta orang membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) terhadap parti mereka sendiri dengan harapan agensi tersebut mengambil tindakan terhadap Umno berhubung kes politik wang dan larangan bertanding.

Datuk Kadar Shah Sulaiman dan Datuk Mazlan Harun mencipta nama tahun lepas apabila membuat dua laporan kepada ketika itu Badan Pencegah Rasuah berkaitan pelan peralihan kuasa di antara Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Najib Razak.

"Kami buat ini kerana sayanghkan parti. Kami tidak mahu Umno mengamalkan dua peraturan yang berbeza hanya kerana ia parti pemerintah," kata Kadar Shah merujuk sambil kepada tindakan Lembaga Disiplin Umno terhadap kes rasuah dan politik wang yang dianggap pilih kasih dan pendakwaan selektif.

Mereka berdua yang merupakan anak tokoh Umno mahukan ROS mengambil tindakan tegas terhadap beberapa langkah yang diambil oleh Lembaga Disiplin yang dilihat bercanggah dengan peraturan ROS termasuk sistem kuoto yang didakwa menggalakkan rasuah dalam parti.

Kegagalan ROS berbuat demikian akan mencetus kan langkah seterusnya iaitu mendapatkan perintah mahkamah untuk memaksa ROS bertindak, kata Kadar Shah lagi. 

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan tempoh menunggu tindakan ROS dan bila tindakan mahkamah akan diambil.  

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: