"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BN Bersikap Kejam Terhadap Wanita dan Kanak-kanak


   

Parti Keadilan Negeri Kedah menyelar tindakan keras pihak polis menembak meriam kimia terhadap orang awam secara rambang sehingga mengancam keselamatan kanak-kanak, wanita dan orang tua semalam.

Pengerusinya, Ahmad Kassim berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini Barisan Nasional masih tidak berubah sikap zalimnya seperti yang disaksikan dengan cara pihak polis menangani ceramah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Sungai Petani semalam.

“Mereka yang datang mendengar ucapan Ketua Pembangkang tidak melakukan apa-apa jenayah tetapi telah dilayan seperti penjenayah.
“Apakah pihak polis bertindak profesional dalam perkara ini jikalau benar-benar ingin menyuraikan orang ramai ataupun pihak polis berpihak kepada BN untuk menindas mereka yang menyokong Pakatan Rakyat?”

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah menegaskan, kebiasaannya meriam air bertekanan tinggi digunakan bagi menyuraikan orang awam dan bukan meriam kimia yang mungkin mengakibatkan kematian.

Ahmad juga menjelaskan pihak polis tidak mempunyai sebab untuk menghalang ceramah tersebut kerana tempat ceramah terletak di lokasi lapang dan bebas dari gangguan trafik.

“Pihak polis tidak wajar menggunakan alasan tiada permit ini untuk menyekat aktiviti Pakatan Rakyat khasnya menjelang pilihanraya kecil Bukit Selambau.”
“Kami berharap agar pengundi-pengundi Bukit Selambau tidak menyokong BN selepas kejadian ini kerana cukup kecewa dengan BN yang masih tidak berubah,” ujar beliau lagi. 

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: