Sivakumar mahu Mahkamah Tinggi mengarahkan SPR mengadakan pilihanraya kecil di DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang selepas beliau mengumumkan ketiga-tiga kerusi itu kosong.
Sivakumar berbuat demikian selepas menerima surat perletakan jawatan yang ditandatangani oleh Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelapang).
SPR sebelum ini menolak peristhiyharan Sivakumar bahawa kerusi DUN terbabit kosong setelah tiga ADUN berkenaan keluar dari Pakatan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional.
Hakim Lau Bee Lan bersetuju untuk mendengar permohonan semakan undang-undang terhadap SPR yang dikemukakan oleh peguam Sivakumar, Sulaiman Abdullah.
Sementara itu, enam warga Perak turut memfailkan saman meminta mahkamah yang sama mengisytiharkan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong dengan perletakan jawatan Adun di tiga kawasan berkenaan.
Adun Chen Fook Chye (Keranji), Tai Sing Ng (Kuala Sepetang), A. Sivanesan (Sungkai), dan tiga pengundi lain turut menuntut injunksi mahkamah menyekat Jamaluddin, Mohd Osman dan Hew menjalankan tugas sebagai Adun.
Permohonan mereka juga akan di dengar oleh Hakim Lau pada 28 Mei.
-TVAntara.com.my-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan