"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB Selangor Saman GERAK

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, memfailkan saman fitnah terhadap Pengerusi Sementara Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK), Mohd Nazree Mohd Yunus, di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Tindakan menyaman Nazree diambil susulan dari kenyataan fitnah terhadap Menteri Besar itu berhubung kes pembelian 46 ekor lembu korban untuk diagihkan sempena Hari Raya Aidiladha Disember tahun lalu.

Tan Sri Khalid diwakili peguamnya, Sankara Nair yang memfailkan samannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam kira- kira jam 11.30 pagi tadi. Nazree sebelum ini telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendakwa Tan Sri Khalid telah menyalahgunakan wang kerajaan Negeri Selangor untuk membeli 46 ekor lembu dengan harga RM110,400.

Tan Sri Khalid bagaimanapun menegaskan dana yang digunapakai untuk membeli lembu itu adalah hasil derma 6 anak syarikat dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kesemua lembu korban itu didermakan kepada 46 buah surau diseluruh kawasan Parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. 

 -TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: