"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPR Mula Tunjuk Sikap Berat Sebelah

Semalam Utusan Malaysia melaporkan kekesalan Suruhanjaya Pilihan Raya dengan tindakan pembangkang yang didakwa sudah ghairah berkempen sedangkan majlis penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang belum lagi diadakan.

Kalau sesiapa yang pergi ke Bukit Gantang sekarang jelas yang paling banyak meletakkan bendera dan kain rentang di sana ialah Barisan Nasional.

Belum lagi proses penamaan calon bermula 29 Mach ini SPR sebagai badan yang mengurus perjalanan pilihan raya di negara ini sudah menunjukkan belang dan sikap berat sebelahnya.

Sepatutnya kalau hendak beri komen hendaklah adil kepada semua pihak bukan ditujukan kepada Pakatan Rakyat sahaja.

Adakah BN berada di atas batasan undang-undang dan bebas dari sebarang tindakan SPR?

SPR sebagai badan yang kononnya bebas dari pengaruh politik sewajarnya menyuarakan bantahan terhadap tindakan polis yang mengganggu gugat majlis pengisytiharan calon-calon Pakatan Rakyat bagi P059 Bukit Gantang dan N25 Bukit Selambau dengan menyembur air kimia sehingga menyebabkan keadaan huru hara dan kelam kabut.

Rakyat tidak berdosa termasuk warga emas, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa tindakan keterlaluan pihak berkuasa.

Kedua-dua majlis tersebut sah di sisi undang-undang kerana memperolehi permit sehingga 12 tengah malam tetapi selesai sahaja pengumuman dibuat tidak sampai lima minit pancutan air dan bedilan gas pemedih mata pun menimpa hadirin bertubi-tubi.

Di Bukit Selambau sahaja, semasa Ketua Umum Keadilan hadir pada majlis pengumuman calon yang turut dibanjiri lebih 10,000 rakyat, anggota FRU dengan pantas meleraikan perhimpunan dengan gas pemedih mata dan pancutan air kini serta menahan 29 orang termasuk pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Di manakah SPR ketika rakyat Bukit Gantang dan Bukit Selambau dihujani dengan gas pememdih mata dan air kimia, kenapa badan itu membisu seribu bahasa apabila yang dinodai dan dicemar ialah prinsip-prinsip demokrasi yang sebahagian daripadanya merangkumi hak rakyat untuk berhimpun, memilih pemimpin yang mereke kehendaki dan mengundi tanpa rasa takut dan cemas.

Tetapi apa yang berlaku di kedua-dua kawasan tersebut adalah sebaliknya seolah-olahnya demokrasi sudah mati dan rakyat negara ini berada di bawah kongkongan satu kuasa yang tidak berperikemanusiaan dan rakus melakukan apa sahaja demi kesinambungan kuasanya. 

 -TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: