Pengerusi Surau perjelas mengapa Tadika Kemas perlu berpindah
Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
ALOR SETAR, 22 Mac – Badan Amal Surau Taman Rakyat Mergong merasa kesal kerana surat yang dihantar kepada pihak KEMAS sebelum ini untuk tujuan memindahkan kedudukan surau dari tingkat atas ke tingkat bawah tidak pernah dilayan.
Menurut Pengerusi Badan Amal Surau Taman Rakyat Mergong, Suhaimi Abdul Aziz, perbincangan juga turut diadakan di mana mereka dimaklumkan bahawa kelas Tadika KEMAS akan dibenarkan beroperasi di Surau Taman Rakyat Mergong sehingga sesi penggal pertama persekolahan tahun 2009 sahaja disebabkan beberapa perkara.
“Antaranya bangunan surau tersebut adalah hak milik penduduk Taman Rakyat Mergong dan dikawal selia oleh Badan Amal yang berkecuali dari segi pemahaman politik,” jelasnya.
Oleh yang demikian, katanya, sebagai satu institusi keagamaan adalah tidak releven sama sekali mana-mana pentadbiran yang cenderung berpolitik berpihak kepada sebuah parti berada di premis tersebut dan sudah tentu ianya akan memecahbelahkan masyarakat. Beliau menjelaskan, penduduk di sini majoritinya telah berstatus warga emas dan jumlah penduduk semakin ramai terutama di musim perayaan sehingga tidak mencukupi ruang solat dan seperkara lagi apabila adanya urusan sembahyang jenazah.
“Dari segi kesihatan, adalah susah bagi jemaah Taman Rakyat Mergong untuk menunaikan solat dan mengurus jenazah di tingkat atas maka justeru itu, pentadbiran ini berpendapat bahawa ruang solat perlu diubah ke tingkat bawah,” katanya.
Perkara lain ialah keadaan kelas Al-Quran Fardu Ain (KAFA) Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang mempunyai lebih kurang 100 orang murid penduduk Taman Rakyat Mergong yang belajar di ruangan yang sempit di tingkat bawah perlu diubah ke tingkat atas supaya dapat memberi ruang yang lebih selesa dalam proses pembelajaran mereka. Menurutnya, KEMAS telah menggunakan surau Taman Rakyat Mergong sebagai kelas Tadika selama lebih 13 tahun tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Bil-bil prasarana (elektrik dan bekalan air) dan penyelenggaraan sama ada baik pulih atau pun mengecat semula bangunan; semuanya ditanggung oleh pihak surau.
“Oleh yang demikian, sebagai waris kepada murid-murid Tadika KEMAS perlulah memahami akan sensitiviti masyarakat Taman Rakyat Mergong ini yang dengan sesungguhnya surau ini tidak terlibat dengan mana-mana parti politik,” ujarnya.
Suhaimi Abdul Aziz berkata, pihaknya sedar hanyalah institusi surau berkenaan berwajib dan fokusnya ingin memakmur dan mengimarahkan surau di samping menjalin ikatan silaturahim sesama penduduk supaya ianya berfungsi sepertimana tuntutan keagamaan.
“Tetapi awas, ada segelintir masyarakat yang cukup giat berpolitik dan menuduh pula orang lain berpolitik. Sudah tentu mereka ini ada kepentingan dan habuan sendiri dengan menggunakan saluran politik untuk cari makan. Mereka bersekongkol dengan individu yang sejak mendiami taman ini tidak pernah pun nampak muka dan memberi sumbangan kepada aktiviti surau,” jelasnya.
Beliau berkata, pihak pentadbiran Badan Amal Surau Taman Rakyat Mergong pada bila-bila masa sentiasa berfikiran terbuka dan sedia berbincang serta berdialog demi memajukan agama, bangsa dan negara dan amat berharap semoga hubungan baik yang dijalinkan selama ini akan terus berkekalan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan