"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Abdullah dijangka umum tarikh serah Najib jawatan PM

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno yang dilihat bakal mencatatkan sejarah baru bermula di PWTC sebentar tadi.

Seperti biasa perhimpunan bermula sesi menaikkan bendera pada puku 8.30 pagi.

Ia akan disusuli dengan ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - yang terakhir sejak beliau menerajui parti ini.

Perhimpunan tahunan ini menyaksikan pemilihan peringkat pusat.

Ini kali pertama perhimpunan diadakan selepas pilihan raya umum ke-12.

Keputusan dijangka diketahui lewat malam.

Oleh kerana ini merupakan perhimpunan terakhir selaku presiden Umno, ramai menunggu pengumuman Abdullah tarikh penyerahan jawatan Perdana Menteri.

Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah memenangi jawatan Presiden Umno.

Semalam, pemilihan bagi ketiga-tiga sayap parti berlangsung serentak.

Bagi jawatan Ketua Wanita, ia dimenangi oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menewaskan penyandangnya, Tan Sri Rafidah Aziz.

Sayap Pemuda pula menyaksikan kejutan berlaku apabila, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memenangi jawatan ketua pergerakan tersebut.

Beliau yang memperolehi 304 undi menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.

Sementara bagi sayap Puteri, ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dipilih sebagai Ketua Puteri Umno yang baru.

Dengan mendapat undi sebanyak 245 undi daripada 779 perwakilan, Rosnah yang melepaskan jawatan sebagai Naib Ketua, mengenepikan saingan lima calon lain

Mereka adalah Datin Ismalina Ismail (59 undi), Shahaniza Shamsuddin (239 undi), Ida Rahayu Md Noor (146 undi), Saarah Ali Bashah (3 undi)dan Bibi Sharliza Mohd Khalid (86 undi).

Seramai 2500 perwakilan Umno menghadiri Perhimpunan Agung parti pada kali ini.

-mstar.com.my-

Tiada ulasan: