"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menteri Besar Pahang Tidak Hadir Di Masjid Negara Seperti Apa Yang Telah Dijanjikan, Ahmad Tajuddin Tangguhkan Hasrat Bersumpah


KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Paya Besar,Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman (foto) hari ini terpaksa menangguhkan hasratnya untuk melafazkan sumpah mubahalah di Masjid Negara kerana Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak hadir. Ahmad Tajuddin yang hadir di masjid berkenaan bersama Bendahari UMNO Bahagian Maran, Datuk Sulaiman Taibkira-kira pukul 10 pagi, menunggu selama setengah jam sebelum membuat keputusan untuk membatalkan hasratnya. Beliau yang ditemui pemberita bagaimanapun berkata, pihaknya akan tetap meneruskan hasrat untuk melafazkan sumpah tersebut dan meminta Adnan menetapkan masa dan tempat sesuai. Ahmad Tajuddin sebelum ini mendakwa Adnan menjadi'dalang' di sebalik amalan mencabar etika parti yang berlaku padaMesyuarat Agung UMNO Bahagian Paya Besar tahun lalu. Ahmad Tajuddin membuat dakwaan itu dengan merujuk kepada nasib empat wakil rakyat daripada bahagian itu yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin parti kerana melanggar Tataetika Ahli UMNO.

[Ternyata, nampak beriya-iya benar Datuk Ahmad Tajuddin membuat cabaran terhadap Ketua Perhubungan UMNO Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob ini. Apakah ini satu taktik untuk beliau mengalih pandangan para perwakilan agar tidak memilih Menteri Besar Pahang itu sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu agaknya?. Apapun, kami pasti yang nasib serta masa depan Ahmad Tajuddin dalam UMNO akan lebih suram dan merudum selepas ini. Tambahan pula, semua ADUN dan pemimpin UMNO bahagian Paya Besar sebenarnya tidak menyokong segala tindakannya itu. Beliau kini mungkin keseorangan berhadapan dengan kemelut berkenaan]

Tiada ulasan: