Isu Tarikh Keramat Peralihan Kuasa PM Terus Jadi Teka Teki, Apakah Pak Lah Serta Anwar Kini Bermain Silap Mata Dengan Najib !!

Pertemuan sulit Pak Lah dan Anwar di Hulu Langat dulu juga boleh menjadi saksi perkara ini. Apakah ada pakatan baru antara kedua-dua pemimpin dari Pulau Mutiara itu dalam hal ini?. Biar pun Pak Lah menafikan bahawa ada rahsia yang dibincangkan antara keduanya, namun bagi pemerhati yang melihat pertemuan itu memang mengakui ada sesuatu perkara besar yang telah mereka bincangkan. Apakah ia berkaitan dengan"peralihan kuasa"?. Apakah Pak Lah memerlukan sokongan Anwar selaku Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat untuk memastikan "undi tidak percaya kepada Najib" dapat dilaksanakan. Terdapat juga laporan yang Najib berusaha memujuk beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang untuk berpihak kepadanya. Apakah kerana beliau takut, Pak Lah dan Anwar berkompromi untuk membolehkan hasrat beliau menjadi Perdana Menteri terbantut?. Semua ini kini menjadi satu persoalan dan kemusykilan yang sukar dijawab. Hanya Pak Lah dan Anwar sahaja mengetahui apakah agenda pertemuan sulit mereka dulu. Najib harus berhati-hati jika tidak mahu terus kempunan merebut jawatan Perdana Menteri yang amat diidam-idamkan itu. Jika beliau tersilap, sudah pasti masa depannya akan terus suram. Tambahan kini, beliau mempunyai berbagai skandal yang amat menghantui dirinya dan menjadi kebimbangan seluruh rakyat Malaysia yang prihatin tentang moral dan akhlak. Tidak mungkin Malaysia akan mempunyai serta diperintah oleh seorang Perdana Menteri yang dipertikaikan keperibadiannya kelak.
[Apapun, kami yakin memang terdapat satu permain silap mata antara Pak Lah, Anwar dan Najib Razak sebenarnya. Kemenangan Khairy Jamaluddin adalah satu keputusan yang sudah dirancang untuk memastikan legasi Pak Lah terus berkuasa buat beberapa tahun lagi. Tambahan pula Khairy sendiri pernah bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling muda suatu hari nanti. Apaklah juga kemenangan Khairy itu ada kaitan dengan keputusan Pak Lah untuk tidak melepaskan jawatan Perdana Menteri. Jika tidak, sudah pasti harapan Khairy untuk menang tidak kelihatan. Tambahan pula majoriti pemuda bahagian sebenarnya menyokong kempimpinan Mukhriz Mahathir berdasarkan keputusan pencalonan yang dibuat tahun lepas. Tetapi, kenapakah akhirnya Khairy menang?. Inilah hakikat yang perlu ditelan oleh Najib dan Mahathir].

Tiada ulasan:
Catat Ulasan