Pertemuan itu sedikit misteri kerana pada masa sama Presiden Umno yang akan bersara, Abdullah Ahmad Badawi akan menyampaikan ucaptama terakhirnya di perhimpunan agung Umno di PWTC, Kuala Lumpur.
Apakah pertemuan itu disengaja diadakan semasa Umno sedang bermesyuarat?
Difahamkan pertemuan itu akan turut menjelaskan satu idea politik yang kini menimbulkan perbalahan sesama sendiri. Pertemua itu juga besar kemungkinan akan membuat konsesus untuk menerima idea politik berkenaan untuk kebaikan bersama.
Idea politik itu timbul sedikit kekalutan disebabkan berlaku salah faham kemungkinan disebabkan ianya dikelirukan oleh anasir-anasir luar. Sudah semesti pertemuan itu bagi menjelaskan idea berkenaan untuk diterima.
Sekiranya ia bukan untuk diterima mengapa perlu perjumpaan lapan biji mata yang terdiri daripada pemimpin tertinggi parti itu?
Laporan dan ulasan akan menyusul esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan