"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

5,000 Hektar Tanah Hutan Simpan Rantau Panjang Diterokai Untuk RM10 setahun

Satu lagi dakwaan penyelewengan oleh kerajaan pimpinan Khir Toyo didedahkan hari ini.

Mantan Menteri Besar itu didakwa meluluskan 5,000 hektar kawasan hutan simpan Rantau Panjang, Hulu Selangor untuk digondol bagi hasil kayu balak pada tahun 2001.

Tanah yang telah diterokai itu dipajak selama 50 tahun dengan harga RM10 setahun.

Penyelewengan terbaru itu didedahkan oleh Pengerusi PAC Selangor, Lee Kim Sin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang.

Beliau bersama jawantakuasa PAC melakukan lawatan ke kawasan tersebut bersama pegawai Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

“Banyak projek yang dilaksanakan mencapai kegagalan kerana tiada penyelidikan atau kajian terpeinci dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, perancangan pembangunan asal kawasan itu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu tanaman agro seluas 1,022 hektar dan program penghutanan semula secara usahasama secara pajakan kecil seluas 3,978 hektar.

Taman-taman agro yang diusahakan ialah Ladang Selangor Fruits Valley (607 hektar), Selangor Tropical Fruits Garden (74 hektar), Ladang Herbatorium Selangor (40 hektar), Ladang Rusa Selangor (81 hektar), Selangor Tropical Nursery (20 hektar), Taman Kopi (99 hektar) dan Kayangan Rampai Sdn. Bhd. (101 hektar).

Sementara program penghutanan semula diusahakan oleh Megafores Sdn Bhd (1,000 hektar), Tropical Position Sdn Bhd (1,145 hektar), In N Out Plantation Sdn Bhd (1,000 hektar), Eco Murni Sdn Bhd (80 hektar), Mewah Ikhtiar Sdn Bhd (660 hektar) dan Kayangan Rampai Sdn Bhd (101 hektar).

Lee berkata, pada tahun 2002 PKPS telah membelanjakan hampir RM1 juta untuk mengusahakan tanaman herba seperti misaim kucing, tongkat ali, kacip Fatimah, belimbing buluh dan mas cotek di Ladang Herbatorium.

Bagaimanapun, projek itu kemudian ditukar kepada tanaman serai dan cili merah pada tahun 2007 membabitkan belanja RM375,000.

Ia kemudian dipajakkan kepada Selangor Oil Palm Industries Corporation Sdn Bhd untuk diusahakan dengan tanaman buah-buahan seluas 20 hektar, manakala 20 hektar lagi kepada PKPS Bukit Tinggi Fish Farm Sdn Bhd untuk projek ternakan ikan.

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: