|
"Sememangnya ada desakan untuk BN tidak bertanding di Penanti kerana bukan faktor pembaziran tetapi faktor takut kalah. Jika BN kalah maka keadaan BN dan Umno akan lebih parah. Malah imej Najib akan lebih teruk," kata Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin kepada Harakahdaily.
Katanya, Najib berada di kedudukan "ditelan mati bapak luah mati emak" kerana, jika bertanding imejnya akan ditembak tetapi jika tidak bertanding Najib akan dilabel sebagai PM paling penakut.
Namun hakikatnya desakan untuk BN tidak menurunkan calon tidak sehebat atau sekuat untuk bertanding, katanya.
"Ramai yang mahukan pertandingan. Pihak yang paling kuat desak untuk mesti turun calon ialah pihak yang mendapat habuan setiap kali pilihan raya.
"'Runner' penghantar bekalan pastinya mahukan BN menurunkan calon agar mereka boleh terus mencukai bekalan yang dihantar," katanya.
Pihak kedua yang kuat mendesak ialah saki baki penyokong Tun Abdullah Ahmad Badawi; kelompok anti Najib dan pro Tan Sri Muhyiddin Yassin, dakwanya.
Ujar Badrul Hisham, desakan ini dibuat kerana untuk menamatkan lebih cepat riwayat Najib.
Penyokong Abdullah tentu seronok melihat Najib dimalukan, maka dapat dibuktikan kekalahan BN sebelum ini bukan faktor Abdullah semata-mata, katanya.
"Kumpulan pro Muhyiddin tentu menilai jika faktor usia sudah tentu Muhyiddin tidak sempat duduk kerusi PM kerana Najib lebih sihat dari Muhyiddin yang kelihatan begitu sembab," katanya lagi.
Sehubungan itu beliau menyeru kepada seluruh jentera Pakatan Rakyat perlu jangan leka dan bersedia.
"Jentera Pakatan Rakyat perlu bersedia sepenuhnya dan jangan terhanyut dengan kata-kata ketakutan Najib kerana ikutkan Najib memang tidak mahu letak calon tetapi Najib tidak mampu mencengkam BN untuk mengikut katanya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan