"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu tukar agama dibawa ke kabinet

Isu penjagaan tiga orang anak yang didakwa dipaksa memeluk Islam telah dibawa untuk perhatian Jemaah Menteri pada 15 April lalu.

Ia membabitkan anak-anak Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Puan Indra Ghandhi. Mereka berusia antara setahun hingga 12 tahun.

Mohd Ridzuan, 40, dilaporkan telah menukar anak-anaknya pada 12 April lalu. 

Beliau juga memfailkan permohonan untuk hak penjagaan mereka di Mahkamah Syariah.

Manakala ibu mereka, Indira Ghandi, merayu supaya anak-anaknya dibenarkan kembali amalkan agama asal mereka.

Pada masa ini, anak bungsu mereka - Prasana Diksa - tinggal bersama Mohd Ridzuan manakala dua lagi anak mereka - Tevi Darsiny, 12, dan Karan Dinesh, 11 - kini tinggal bersama Indira.

Indra, seorang guru Tadika, kini tinggal bersama seorang anggota keluarganya kerana bimbangkan pegawai pejabat agama akan mengambil anak-anaknya itu.

Usaha penyelesaian


Selepas isu itu dibawa ke pengetahuan kabinet, satu mesyuarat antara menteri telah diadakan pada petang 20 April di Jabatan Perdana Menteri untuk membincangkan perkara berkenaan.

Menteri-menteri yang hadir di mesyuarat tersebut adalah Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat; Menteri Sumber Manusia, ), Datuk Dr S Subramaniam dan Menteri Hal-ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Menurut kenyataan pejabat Dr Koh semalam, turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Presiden Malaysian Hindu Sangam (MHS), Datuk A Vaithilingam dan pemimpin MHS Perak, Encik Vijayalingam, bersama-sama dengan pegawai-pegawai dari beberapa jabatan yang berkenaan. 

Selepas perbincangan secara teliti, kata kenyataan itu, semua ahli mesyuarat kini memahami perkara tersebut dengan lebih mendalam. 

"Adalah dipersetujui sebulat suara bahawa berdasarkan semangat dan muhibbah dan prihatinan, usaha positif perlu diambil secepat mungkin untuk menyelesaikan perkara ini secara munasabah, dengan mengambil kira semua aspek, dan kepentingan semua pihak. 

"Memandangkan kes ini melibatkan proses mahkamah, semua individu yang terlibat dan pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan dinasihatkan bersabar dan tidak membuat sebarang kenyataan terbuka, supaya memberi ruang dan peluang untuk perkara ini diselesaikan secara damai," tegas kenyataan itu lagi.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: