Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 27 Mei ini bagi keputusan permohonan penghakiman terus oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dalam tuntutan balas AS$18.52 juta (RM66.67 juta) terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Hakim Datuk Rohana Yusof menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar penghujahan peguam bagi kedua-dua pihak dalam kamar. Khalid diwakili oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar manakala BIMB oleh Tommy Thomas dan Ganesan Nethi, lapor Bernama. Khalid memulakan sebuah saman terhadap bank itu pada 18 Mei, 2007, dengan menuntut ganti rugi dan pengisytiharan bahawa wujud kontrak kolateral antara beliau dan BIMB bersampingan dengan perjanjian kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) bertarikh 30 April 2001. Beliau juga mahu satu perisytiharaan bahawa kemudahan BBA itu secara berasingan dan tanpa kontrak kolateral itu adalah batal dan tidak sah dan BIMB telah melanggar kontrak kolateral dan/atau kemudahan BBA. Bank itu mengemukakan saman balas pada 24 Mei 2007 dengan mendakwa Khalid telah melanggar perjanjian BBA itu. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Keputusan saman balas BIMB terhadap MB S'gor 27 Mei
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan