"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PRK Kepala Batas : Betulkah?

Pak Lah Lepas Jawatan Ahli Parlimen Kepala Batas?

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bersara daripada tampuk kuasa 3 Mach lalu dikatakan akan turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas yang disandangnya selama lebih 30 tahun dalam masa terdekat.

Menurut sumber dalaman Umno, Tun Abdullah dijangka berbuat demikian selewat-lewatnya sebelum sidang Dewan Rakyat Jun depan.

"Sepatutnya beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas sejurus melepaskan jawatan Perdana Menteri.

"Logiknya beliau telah dianugerahkan gelaran tertinggi negara iaitu Tun dan agak janggal apabila Dewan Rakyat bersidang kelak. Di mana kedudukan beliau dalam Parlimen? Status beliau sebagai bekas Perdana Menteri yang bergelar Tun harus diambil kira," kata sumber kepada TV Antara.

Pak Lah, gelaran popular beliau, mula menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas sejak tahun 1978 menjadikannya antara Ahli Dewan Rakyat paling sedia kanan meliputi tempoh selama lapan penggal berturut-turut.

Sepanjang penglibatan beliau dalam politik Pak Lah telah melalui pahit maung dan liku berduri termasuk digugurkan daripada Kabinet mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987 walaupun memenangi jawatan Naib Presiden Umno.

Ini kerana beliau dikatakan tergolong dalam Team B yang diketuai oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah tetapi tidak menyertai beliau dalam Semangat 46.

Karier politik Pak Lah melepasi zaman kemuraman selepas beliau sekali lagi memenangi pertandingan Naib Presiden Umno pada 1990 lantas memberi Tun Dr Mahathir tiada pilihan selain melantik beliau ke Kabinet sebagai Menteri Luar.

Sejak daripada itu bintang beliau terus bersinar sehingga akhirnya dilantik ke jawatan tertinggi negara sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003.

Beliau menjadi Perdana Menteri selama lima tahun, lima bulan dan tiga hari.

Tiada ulasan: