"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sivakumar: Demokrasi Malaysia Sudah Reput

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar berpendapat sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia semakin reput disebabkan prinsip pengasingan kuasa atau "seperation of power" sudah tidak lagi dipedulikan.

Menulis dalam blognya, Suara Perak, beliau yang juga seorang peguam berkata pemusatan kuasa kini tertumpu kepada Badan Eksekutif dan menyifatkan perkembangan ini sebagai sangat buruk kepada kesuburan amalan demokrasi dan menjejaskan struktur pemerinmtahan negara ini.

"Seperkara yang tidak dapat dipisahkan dalam membicarakan topik Doktrin Pengasingan Kuasa ialah Konsep 'Check & Balance' (Kawalan dan Imbangan). 

"la membawa maksud bahawa ketiga-tiga cabangan pemerintahan itu mestilah berdiri sama tinggi duduk sama rendah. Tidak boleh satu pihak menguasai kehendak pihak yang lain. 

"Ditakuti berlakunya pengaruh tak berpatutan dan menimbulkan ketidakadilan akibat pemusatan kuasa ke satu-satu cabang pemerintahan itu.

"Umpama orang yang hendak bina rumah jika tiang-tiang yang ada tak sama panjang atau saiznya tentu tak jadi; kalau jadipun tentu tak molek. Lebih-lebih lagi jika tiang-tiang itu dah buruk dan reput," beliau menulis.

Sivakumar berkata Doktrin Pengasingan Kuasa. adalah satu konsep asas di dalam pemerintahan demokratik moden. Ianya mula dilahirkan oleh seorang pemikir di Perancis. 

Jelas beliau lagi 'Pengasingan Kuasa' bukanlah sama dengan 'Pembahagian Kuasa' walaupun keduanya mungkin ada diperuntukkan dalam perlembagaan Persekutuan dan Negeri-negeri. 

Doktrin Pengasingan kuasa secara dasar bererti kuasa-kuasa pemerintahan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:- 
1. Kuasa Perundangan/Legislatif 
2. Kuasa Eksekutif 
3. Kuasa Kehakiman 

Perkara pokok tentang pengasingan kuasa ialah untuk menentukan supaya orang atau badan yang sama tidak dipertanggungjawabkan untuk mengubal undang-undang dan menguatkuasakannya. 

Sivakumar berkata ini bermakna jika konsep ini diikuti sepenuhnya maka tiada siapapun dari ketiga-tiga cabang pemerintahan boleh mengambil bahagian dalam fungsi cawangan lain. 

Pihak Eksekutif sepatutnya tidak boleh menjadi seorang ahli badan Perundangan (Legislatif) dan Badan Kehakiman semestinya bebas dari campurtangan pihak Eksekutif dan Legislatif. 

Tambah beliau tidak patut ada dwi fungs dan masing-masing hanya menjaga rukun rumahtangga sendiri dan tidak mencampuri hal yang berlaku di dalam bilik orang lain.

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: