Muda Mohd Noor |
Ketua Pemuda Umno bahagian Besut Mahadi Musa menjelaskan bahawa pergerakan itu menyokong ketua Umno bahagian Datuk Seri Idris Jusoh dalam kemelut politik Terengganu. Bagaimanapun, katanya, sebagai exco pergerakan tersebut, beliau menyokong sebarang keputusan yang dibuat oleh Pemuda negeri. “Tetapi Pemuda negerti belum membuat sebarang keputusan dalam perkara tersebut,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan yang menyatakan ketiga-tiga sayap di bahagian Besut menyokong Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar. Rosli dilaporkan berkata, pemimpin Umno negeri membuat sokongan itu dalam satu majlis di Kuala Terengganu Sabtu lalu. Mahadi berkata, ketua Puteri Besut Che Senah Sulaiman tidak hadir di majlis tersebut kerana baru bersalin. “Saya membuat pendirian di majlis tersebut bahawa di peringkat bahagian, Pemuda Umno Besut menyokong Idris. “Tetapi di peringkat Pemuda negeri, saya menyokong apa juga pendirian pergerakan itu (nanti),” katanya. Bagaimanapun, katanya, walaupun menyokong Idris, tetapi beliau menafikan laporan Bernama hari ini yang menyatakan bahawa ketiga-tiga sayap di Besut tidak menyokong kepimpinan badan perhubungan Umno negeri itu. Idris antara 18 ADUN BN Terengganu yang tidak menyokong Ahmad sebagai menteri besar. Sementara itu, Rosli ketika dihubungi berkata, Mahadi sedang berada bersamanya dan meminta Malaysiakini bercakap sendiri dengan Mahadi berhubung perkara tersebut. Beliau kemudiannya menyerahkan telefon kepada Mahadi untuk memperjelaskan perkara tersebut. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Pemuda Besut sokong Idris
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan