|
Tanah JKP Sdn Bhd yang terletak di Mukim 16 Sungai Puyu, Seberang Perai Utara (SPU) diusahakan untuk pembangunan perumahan tetapi terbengkalai kemudian diberikan kepada pemaju bukan Melayu.
Exco Agama dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Haji Abdul Malek Abul Kasim ketika mengulung perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Ke Dua Dewan Undangan Negeri Kali Ke Dua Belas semalam juga memberitahu, akibat pemberian JKP Sdn Bhd menghadapi masalah besar untuk menjual 70 peratus kepada bumiputra sebagaimana yang termaktub dalam tujuan JKP Sdn Bhd.
"Adun Sungai Dua kena bagi penjelasan kepada umum tentang isu yang melibatkan dirinya sebagai penyokong memajukan tanah JKP Sd Bhd kepada Koperasi syarikat Hayana pada tahun 1997 lalu. Di mana syarikat berkenaan gagal melaksanakan projek berkenaan dan diberikan kepada pemaju bukan Melayu," ujarnya.
Adun Sungai Dua bangun mencelah kejadian itu tidak menyalahi kerana tanah itu diberikan kepada koperasi bukan atas nama individu sepertimana yang berlaku pada Kerajaan Pakatan Rakyat yang meluluskan sebidang tanah kepada exco dan isterinya walhal sewaktu memegang tampuk pemerintahan Ketua Menteri sendiri mengeluarkan kenyataan kerajaan melarang mana-mana Exco dan Adun membeli tanah.
Menurut Haji Malek yang juga Adun Batu Maung perbuatan pemimpin BN ketika itu menyebabkan matlamat JKP Sdn Bhd lari daripada landasan apabila ia diserahkan kepada pemaju bukan Melayu.
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sedang berusaha mencari dan meneliti tanah JKP Sdn Bhd yang telah diberikan kepada pemimpin Umno untuk pembangunan perumahan tetapi disalahgunakan seperti menyerahkan kepada pemaju bukan Melayu untuk melaksanakan projek berkenaan.
"Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tengah berusaha mencari nama-nama pemimpin Umno yang menyalahgunakan pemberikan tanah oleh JKP Sdn Bhd. Kita akan dedahkan pada umum," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan