|
Isu tersebut dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun-BN), Dato' Jasmin Mohamad semasa membahaskan ucapan terima kasih Tun Yang Terutama dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ke Dua Dewan Undangan Negeri Kali Ke Dua Belas semalam.
Beliau kononnya dapat mendedahkan gaji Mohamad yang dilantik oleh Pengerusi Lembaga Pengarah PBANPP sendiri selaku Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang sengaja memberi elaun lebihan berbanding Ahli Lembaga Pengarah lain sema ada bebas atan tidak bebas.
Menurut Dato' Jasmin, Mohamad Sabu yang merupakan Naib Presiden PAS memperolehi gaji tetap RM1,500.00 sebulan manakala elaun luar sebanyak RM1,500.00 lagi dan sekaligus merugikan wang rakyat.
Sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat yang mahukan sistem pentadbiran bercorakan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) gejala seumpama itu tidak harus berlaku dan perlu ditangani dengan baik.
Sementara itu, Harakahdaily ketika bertanyakan Mohamad Sabu selepas berucap pada majlis penerangan di Kota Aur, Penaga semalam menegaskan, beliau tidak tahu menahu tentang elaun luar tersebut cuma tahu status gajinya sahaja dalam mesyuarat pertama yang dihadirinya.
Namun begitu katanya, elaun luar yang diperolehi cuma kecil tidak sepertimana yang diperolehi oleh Lembaga Pengarah semasa di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu tentu lebih banyak dan luar batasan.
"Setakat ini saya tak dimaklumkan lagi tentang elaun luar itu dan saya tahu menerusi ucapan Dato' Jasmin sahaja.
Jika ada pun apa salahnya memang saya tinggal di luar lagipun bukannya banyak sebagaimana yang Umno selalu sapu melalui projek lain, " katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan