Muda Mohd Noor |
Kumpulan 18 ADUN BN Terengganu yang mahu menyingkirkan Datuk Ahmad Said, menolak saranan untuk berdamai dengan menteri besar itu. ADUN Permaisuri Abdul Halim Jusoh berkata, ini bukan perbalahan antara Ahmad dengan bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh tetapi membabitkan semua ADUN BN negeri itu. "Kami mahu membetulkan pentadbiran kerajaan negeri dan Umno Terengganu daripada pelbagai masalah yang berlaku sekarang. "Saya ingin jelaskan bahawa ADUN-ADUN ini berjuang untuk rakyat. "Tidak guna mereka (Ahmad dan Idris) bertemu kerana masalah ini membabitkan semua ADUN BN," katanya ketika dihubungi hari ini. Abdul Halim berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Rosli Mat Hassan supaya Idris berdamai dengan Ahmad untuk kepentingan parti dan rakyat. Mengapa baru sekarang? Bagaimanapun, kata Abdul Halim, jika Ahmad bersungguh-sungguh mahu berdamai, maka Rosli perlu mengambil langkah menjayakan pertemuan tersebut. Abdul Halim berkata, lebih baik pucuk pimpinan tertinggi membuat keputusan kerana kemelut tersebut sudah dalam pengetahuan mereka. Sementara itu, ADUN Permaisuri, Nawi Mohamad pula mempersoalkan mengapa baru sekarang cadangan berdamai itu dikemukakan. "Selepas setahun, baru hendak berunding, mengapa dulu tidak kata hendak berunding," katanya. Nawi berkata, Ahmad tidak pernah memanggil Idris dan ADUN yang menyokongnya untuk bertemu dengan menteri besar. "Saya hendak tanya bila dia panggil kita? " katanya. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Kumpulan 18 Tolak Saranan Berdamai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan