Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin kerana gagal hadir di mahkamah untuk perbicaraan kes hasutan. Raja Petra, 57, berdepan dengan tuduhan menghasut berhubung satu artikel yang bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' yang disiarkan dalam lamanweb Malaysia Today. Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksima RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Sebelum perbicaraannya ditangguhkan Februari lalu, peguambela Gobind Singh Deo telah membangkitkan isu gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak duduk semeja dengan Altantuya Shaariibuu sewaktu majlis hari jadi wanita Mongolia itu di Hotel Mandarin di Singapura. Raja Petra menghadapi satu lagi tuduhan jenayah memfitnah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana didakwa mengaitkan isteri Najib - Datin Seri Rosmah Mansor, dan dua pegawai tentera - dalam pembunuhan Altantuya. Manakala tahun lalu, Mahkamah Tinggi Alor Star memerintahkan Raja Petra dan editor sebuah akhbar pembangkang - Suara Keadilan - membayar gantirugi berhubung saman fitnah oleh naib canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Nordin Kardi. Nordin menyaman Raja Petra berhubung dakwaan beliau telah meniru sebuah artikel. Keputusan itu dibuat selepas Raja Petra dan Suara Keadilan - yang menyiarkan berita tersebut - gagal mengemukakan pembelaan diri. Mahkamah memerintah Raja Petra membayar RM4 juta kepada Nordin dan UUM, manakala dua editor Suara Keadilan diperintah membyar RM3 juta. Raja Petra berkata ia hanya merupakan sepucuk surat yang ditulis kepadanya oleh seorang bekas perwakilan pelajar dan beliau tidak akan membayar gantirugi itu.
|
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Mahkamah keluar waran tangkap RPK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan