"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Usaha Gagalkan Pilihan Raya Penanti?

Mainan politik SPRM, Umno gagalkan pilihan raya Penanti?
Adnan Ibrahim  

Akhirnya terdedah siapa yang bermain politik mahu menjatuhkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibawah kerajaan pakatan rakyat.

Bermula dengan episod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerangkap dan memberi tekanan keatas Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi sebaliknya kendur apabila kedua Adun itu keluar Pakatan Rakyat menjadi Adun bebas yang menyokong Umno.

Begitu juga yang berlaku kepada bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairuz Khairuddin hingga beliau meletakkan jawatan Adun dan dijangka pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti, sebaliknya SPRM semacam terburu-buru pula membersihkan nama Fairuz daripada tuduhan salah guna kuasa.

Menurut laporan, Fairuz mendakwa namanya telah dibersihkan daripada siasatan SPRM. Bagaimanapun Bernama belum mengesahkan daripada SPRM.

"Saya dimaklumkan bahawa nama saya telah dibersihkan dan kes ini telah pun selesai. Saya bersyukur bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepada saya," kata ahli politik daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Fairuz, 33, yang dikaitkan dengan siasatan rasuah membabitkan projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 pada 8 April lalu dan kemudiannya melepaskan jawatan Dun pada 16 April lepas atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah.

Kemungkinan SPRM mengambil langkah segera berikutan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak berminat dengan pilihan raya kecil. Ini kerana adanya pilihan raya dan Umno terpaksa menerima kekalahan berterusan maka bertambah jatuh maruah beliau sebagai Presiden baru Umno.

Sudah tentu untuk memulih dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) tidak akan tercapai sekiranya rakyat sering dihidang dan didendang dengan kekalahan demi kekalahan BN.

Sebut Altantuya tidak boleh

Sementara itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula mengambil masa agak lama untuk mengumum kekosongan Dun tersebut. Keputusan sepatutnya diisytihar Jumaat ini, ditangguh ke hari Isnin depan. Apakah ia disengajakan?

Apa yang peliknya SPR mengadakan mesyuarat dengan BN dan selepas itu dengan pakatan rakyat, sebelum pengisytihran kekosongan kerusi itu diumumkan. Ia menunjukkan seolah-olah akan berlaku pilihan raya kecil di Dun Penanti.

Dikatakan dalam pertemuan SPR dengan parti politik terbabit membincangkan sekatan kehadiran penyokong yang ramai di hari penamaan calon dan hari mengundi.

Kenapa larangan tersebut dibuat? Semenjak bermula pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan berikutnya di Kuala Terengganu, selepas itu di Bukit Gantang serta Bukit Selambau, kehadiran penyokong pakatan rakyat ternyata berkali ganda daripada penyokong Umno.

Kehadiran penyokong di hari penamaan calon sahaja sudah menunjukkan kekalahan BN. Contoh paling teruk ialah penyokong BN di hari penamaan calon di Bukit Gantang lebih kurang satu perempat daripada penyokong Pakatan Rakyat.

Ini yang merisaukan Umno yang mengeluarkan belanja begitu besar tetapi kehadiran masih kurang berbanding penyokong Pakatan Rakyat mengeluarkan belanja sendiri.

Namun begitu apakah benar akan berlaku pilihan raya kecil di Penanti dengan kesungguhan yang ditunjukkan SPR itu atau ia hanya sendiwara SPR supaya rakyat melihatkan keputusan pada Isnin nanti tidak mengambarkan adanya perancangan awal menggagalkan pilihan raya kecil bagi menjaga nama baik Najib?

Apakah SPR menunggu keputusan Najib sebelum mengisytiharkan Dun tersebut kosong atau menanti laporan susulan selepas SPRM membersihkan nama Fairuz? Secara tidak langsung ini bermakna SPR seolah merayu Fairuz menarik balik perletakan jawatan tersebut dan pilihan raya tidak akan berlaku.

Dengan cara ini SPR mendapat kepujian yang amat bertuah kerana mampu menyelamatkan maruah Perdana Menteri. Maka termakbul harapan Perdana Menteri bahawa BN tidak akan sertai pilihan raya kecil Dun Penanti.

Apakah Najib takut duit banyak dibelanjakan atau semoga tidak berkumandangnya isu Altantuya di Penanti nanti sebagaimana cerita Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution, ketika berkempen di pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang, katanya: "Sebut gadis Monggolia tidak apa polis tak marah tetapi kalau sebut Altantuya polis naik atas pentas untuk sekat kita daripada berceramah."

Apa yang sukar kepada Najib untuk menjawab ialah apabila pemimpin pakatan rakyat meminta beliau membersihkan nama baik beliau daripada tuduhan akhbar Liberation di Perancis setiap kali berceramah. Adanya pilihan raya makin banyak ceramah dan isu gadis Monggolis bertambah panas kerana sehingga kini Najib membisu terhadap dakwaan akhbar Perancis itu.

Inilah isu besar yang tersembunyi dalam jiwa Najib. Hanya menyekat pilihan raya ia boleh mengurangkan gadis Monggolia daripada diperkatakan. Pilihan raya bermakna isu bertambah panas dan rakyat makin celik perkembangan semasa serta politik. 

-harakahdaily-

Tiada ulasan: