|
Exco Agama dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Haji Abdul Malek Abul Kasim berkata, memang benar pemohonan dibuat oleh Adun berkenaan kepada Kerajaan Pusat tetapi tidak sampai dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) telah mengambil inisiatif membantu hasil permohonan yang dibuat oleh pihak masjid.
Bukan sahaja bumbung bahkan kubah masjid yang bocor turut dibaiki bernilai RM14,966.50 manakala pagar atas permintaan Pengerusi Masjid pihak Jaipp menambah peruntukan lagi dengan jumlah RM15.000.00.
"Adun Pinang Tunggal jangan sekali-kali mengetepikan bantuan Kerajaan Negeri menerusi Jaipp dengan mengakui ia datang daripada Kerajaan Persekutuan. Ini satu pembohongan," tegasnya.
Jesteru ujarnya, jika marahkan Kerajaan Pakatan Rakyat sekali pun janganlah mengetepikan apa yang telah dilaksanakan sebaliknya akui sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan