Mohd Yusri Amin KOTA BHARU, 26 April - 'Satu Malaysia' tidak lebih sebagai gimik politik. Ini kerana demokrasi berparlimen yang dilaungkan di negara ini seakan-akan tidak mengiktiraf negeri yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat. Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan Barisan Nasional yang menguasai persekutuan tidak mengiktraf demokrasi berparlimen khususnya terhadap negeri yang dimenangi PAS dan Pakatan Rakyat. "Macam mana hendak dikatakan 'Satu Malaysia', apabila PAS menang di Kelantan, Terengganu dan Perak, mereka tidak iktiraf. Antara usaha dilakukan melambatkan peruntukan kewangan. "Selain itu mereka melantik Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sedangkan perlantikan JKKK di bawah bidang kuasa negeri. "Macam mana dikatakan �Satu Malaysia�. Bahkan apa yang dilakukan BN sekarang untuk berpecah belah, bukan untuk menyatukan Malaysia," katanya kepada pemberita ketika menghadiri satu program di sini, baru-baru ini. Oleh itu beliau meminta Dato' Seri Najib Razak menyatukan Umno terlebih dahulu sebelum berhasrat hendak satukan Malaysia. Beliau juga berkata, kenyataan menteri yang mahu mengkaji semula pendekatan Islam Hadhari seumpama Pepsi cola apabila dicabut tudung, keluar buih kemudian buih hilang begitu saja. "Samalah dengan konsep Satu Malaysia yang ditimbulkan sekarang," katanya. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Semangat '1 Malaysia' umpama Pepsi Cola - Ustaz Hadi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan