"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Naib Presiden PAS: Mahfuz belum buat keputusan

"Saya mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin mencalonkan saya pada pemilihan parti kali ini.

"Saya ucapkan terima kasih kepada mereka cuma saya masih belum buat keputusan lagi," katanya kepada mStar Online hari ini.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau akan membuat keputusan mengenai perkara tersebut sebaik sahaja semua bahagian selesai mengadakan mesyuarat pertengahan bulan depan.

"Jika ada pencalonan diterima, saya akan mempertimbangkannya. Cuma setakat ini saya hanya ada dengar cerita mengenainya (pencalonan) tapi saya tidak tahu sejauh mana kebenaran," katanya.

Selain Mahfuz, jawatan Naib Presiden dikatakan menjadi rebutan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub.

Jawatan tersebut kini disandang oleh Datuk Husam Musa, Mohammad Sabu dan Ahmad Awang.

Ditanya adakah persaingan merebut jawatan tertinggi parti itu akan mewujudkan perpecahan dalam parti, Mahfuz berkata beliau yakin perkara tersebut tidak akan berlaku dalam PAS.

"Tidak akan berlaku (perpecahan). Sudah beberapa kali PAS melalui proses pemilihan, parti tetap kukuh. Semasa saya jadi Ketua Pemuda dulu pun saya pernah dicabar.

"Ahli-ahli parti telah matang untuk buat keputusan... dengan pengetahuan yang mereka ada, saya yakin mereka akan buat keputusan yang terbaik mengenainya," katanya.

-mstar.com.my-

    Tiada ulasan: