Oleh : ALHUSSEYN
Saya rasa terpanggil apabila membaca entri MSO yang bertajuk 'Hero yang tiada Kuasa'. Antara lain dia berkata tentang Nizar :Tetapi apakah ada yang sedar di sebalik kehebatan Nizar ini bahawa cara Nizar itu tidak ubah seperti Pak Kadok yang menang sorak kampung tergadai? Nizar menjadi pujaan tetapi kuasa hilang! Nizar disokong oleh rakyat namun jawatan tidak ada? Inilah perkara yang perlu ahli Pas khasnya kena menilai dan merenungi ke atas tindak tanduk Nizar.
Ditimbulkan ini bukan bermakna menolak kehebatan Nizar, tetapi apakah maknanya dari konteks politik kalau kita menang, mendapat kepercayaan rakyat tetapi kuasa tidak ada dan masalah itu akan berlarutan dan menjadi satu liabaliti pula kepada masa depan Pas dengan pihak lain.
Saya tidak berhajat untuk mengulas panjang tentang anggapan MSO yang menyifatkan Nizar seperti seorang Pak Kadok ; disamping mengakui kehebatan Nizar.Nizar pernah menyatakan bahawa apa yang diperjuangkan olehnya bukanlah kerana mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar; tetapi kerana menjaga amanah rakyat yang dipertanggungjawabkan keatas bahunya. Jauh sekali untuk menonjolkan diri supaya dilihat hebat dimata manusia.
Seorang yang rapat dengan Nizar pernah bertanya kepadanya, mana yang lebih disukainya, menjadi seorang Menteri Besar atau sebagai mana dahulu sebelum ini; sebagai seorang usahawan?
Nizar menjawap yang beliau lebih suka menjalankan perniagaannya sebagaimana dahulu daripada menjadi seorang MB .Tetapi oleh kerana jemaah yang mahukannya menjadi MB, maka beliau terpajksa menerimanya dan tiada pilihan lain.
MSO musykil dan bertanya “apakah maknanya dari konteks politik kalau kita menang, mendapat kepercayaan rakyat tetapi kuasa tidak ada.”
Dan persoalan itu lah sebenarnya yang rakyat Perak mahukan ianya diberikan jawapan yang sebenarnya.
Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya , dimana “mereka yang kalah , tidak mendapat kepercayaan rakyat tetapi kuasa ada”.Perkara sebegini yang amat janggal tetapi bagaimana ianya boleh berlaku dalam negeri yang mengaku mengamalkan sistem demokrasi.
Inilah yang rakyat Perak mahu perbetulkan dan akan terus diperjuangkan demi keadilan dan kebajikan rakyat keseluruhannya.
Saya amat kagum diatas kecekalan dan ketabahan Nizar dalam memperjuangkan untuk mendapatkan semula hak rakyat. Kemampuan Nizar bertahan dalam menghadapi segala cabaran sehingga kini amat membanggakan.Calang-calang orang sudah tentu lama tersungkor . Apa yang dilakukan Nizar adalah usaha yang bersinambungan dan pastinya akan diteruskan oleh generasi selepasnya hingga keadilan dipulihkan.
Kita semua perlu memberikan semangat dan dorongan agar Nizar terus memperjuangkan hak rakyat untuk mendapatkan keadilan.Mendapatkan kuasa daripada suara rakyat yang bersamanya.
MSO juga mengatakan ,"Kecualilah ada wali yang turun dari langit mendoakan untuk mereka sehingga membuka kamar hati Raja atau Sultan menerima mereka balik,"
Apakah MSO terlupa tentang wujudnya malaikat Israel yang tugasnya menyabut nyawa tidak kira apa pangkat dan kedudukan ; samada Sultan atau rakyat biasa?
Apakah mungkin MSO akan bermurah hati menghuraikan kepada kita , rakyat Perak tentang rahsia kemenangan sebagaimana yang dikatanya :
“Ingatlah, kemenangan tidak akan dicapai dengan keberanian semata-mata, sebaliknya kemenangan akan diraih apabila ia disusuli dengan ketulusan dan kebijaksanaan
MSO tentunya lebih bijak daripada Pak Kadok. Kita tunggu penjelasannya tentang 'apakah ketulusan dan kebijaksanaan yang dimaksudkan' oleh MSO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan