"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Imam Reformasi Dipecat

Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz yang terkenal dengan kelantangannya menyentuh isu-isu kezaliman dan keadilan dalam khutbah Jumaat serta ceramahnya telah dipecat serta merta berkuat kuasa semalam.

Ketika dihubungi TV Antara, beliau mengesahkan mengenai pemecatannya tetapi enggan mengulas lanjut sehingga menerima surat pemecatan beliau secara rasmi.

"Saya diberitahu surat pemecatan saya sudah dikeluarkan oleh pengerusi masjid tetapi saya akan tengok surat itu pada hari Isnin kerana saya sekarang berada di kampung," kata beliau.

Blog paradigmaberani yang menyiarkan berita pemecatan Ustza Shamsul menyatakan beliau berada di Seremban ketika mendapat berita dari seorang sahabat mengenai pemecatannya.
  
Menurut penulis blog, Onn Abu Bakar, imam tersebut terkenal dengan suara merdu membaca ayat-ayat suci Al Quran ketika solat berjemaah dan khutbahnya yang penuh semangat mengenai soal ketidakadilan sosial, kezaliman serta keadilan.

Beliau dalah seorang imam rakyat yang dilantik penduduk Bukit Damansara dan telah menjalankan tugas sebagai imam masjid tersebut sejak 1999.

Onn yang juga Ketua Bahagian Keadilan Putrajaya berkata penduduk Bukit Damansara yang penduduknya daripada kalangan kelas menengah mendapat banyak manfaat daripada khidmat Ustaz Shamsul dalam urusan kemasyarakatan dan keagamaan seperti majlis kenduri kahwin, doa selamat dan juga pengurusan jenazah.

Belia juga berharap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang tinggal tidak jauh dari masjid berkenaan dapat membantu Ustaz shamsul yang sudah kehilangan pekerjaan.

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: