"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zahid Hamidi 'diimport' ke Pulau Pinang

Mohd Sabri Said 
Wed | Apr 29, 09 

Sudah terang lagi bersuluh!!!... Umno Pulau Pinang sudah ketandusan kepimpinan apabila terpaksa mengimpot Zahid Hamidi daripada Perak Darul Redwan untuk mengemudi bahtera Umno yang telah dimasuki air. Mana dia bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato' Abdul Rashid Abdullah yang dulunya berjawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Di mana pula Dato' Azhar Ibrahim orang lama yang pastinya bila-bila masa saja dapat melonjak diri ke jawatan tersebut setelah Tun Abdullah mengundurkan diri tambahan lagi beliau kini sebagai Ketua Pembangkang Pulau Pinang.Sekurang-kurangnya mana dia Dato' Abdul Jalil Abdul Majid, Dato' Arif Shah, Dato' Helmi Yahya atau paling berkelayakan bekas Speker Dewan Undangan Negeri, Dato' Yahaya Abdul amid.

Kenapa tiba-tiba sahaja Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak melantik orang luar sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang yang baru dengan menolak muka lama yang telah banyak berjaya membangunkan negeri yang bergelar Pulau Mutiara itu.

Setelah lama bertugas sebagai Setiausaha Perhubungan Umno Negeri tentunya Dato' Azhar sendiri menyimpan cita-cita menerajui kepimpinan walaupun dirinya pernah terlantar di hospital kerana masalah jantung.

Adakah tindakan Najib itu merupakan cubaan mengkais orang Tun Abdullah di sarangnya sendiri tanpa menghormati bekas ketuanya yang hanya sekadar menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas.Paling nyata sekali hasrat itu ialah tidak pun memandang walaupun sebelah mata kemenangan bekas Ahli Parlimen Nibung Tebal sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato' Zainal Abidin Othman baru-baru ini.

Adakah Dato' Zainal Abidin bukan orang Najib maka dirinya dipandang sepi begitu sekali atau menanti pelapis muda yang dapat ditonjolkan oleh Zahid sendiri bila setahun memimpin Umno Pulau Pinang.Situasi ini memang diduga, banyak pihak yang menunggu keputusan Najib samada mahukan Tun Abdullah dikekalkan sebagai Ketua Perhubungan dua tahun lagi atau menggantikanya dengan orang lain yang ada karisma.

Kita tengok apakah reaksi Umno negeri ini seterusnya setelah pengumuman Najib semalam samada menyokong atau bertindak ganas menentang orang luar yang cuba mencari publisiti di negeri bekas Perdana Menteri ke lima negara.Atau, Umno hanya mampu senyum sinis dan berdepa tangan tanda boikot...

Apa pun rakyat boleh lihat episod itu seterusnya.   

-harakahdaily-

Tiada ulasan: