"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ADUN Kuala Nerang tak akan letak jawatan

ADUN Kedah kawasan Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, yang didakwa menghadapi masalah kewangan, tidak akan meletak jawatan, kata pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Mohd Shafie Apdal. 
    
Shafie memberitahu pemberita demikian di Langkawi hari ini. Syed Sobri juga adalah naib ketua Umno bahagian Padang Terap.

Sebelum ini, timbul desas-desus yang mengatakan bahawa beliau meletak jawatan kerana masalah yang dihadapinya mengganggu prestasinya sebagai wakil rakyat, lapor Bernama.
   
"Memang Syed Sobri menemui saya di Kuala Lumpur Ahad lalu dan kami telah berbincang beberapa perkara yang dihadapinya. 

"Selaku ketua perhubungan yang baru, saya memberi nasihat dan beliau menerimanya dengan baik dan berjanji akan terus berkhidmat kepada rakyat," kata Shafie.
    
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Kuala Nerang itu. 
   
Pada 3 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengisytiharkan Syed Sobri muflis selepas gagal menjelaskan hutang lebih RM150,000. 
-malaysiakini-

Tiada ulasan: