Komentar yang berani. Kalau itu yang dipersoalkan, apakah jawapan sebenarnya? Demikian ulas Tarmizi Mohd Jam terhadap entri saya : Adakah orang PAS Bangang sangat? . Tarmizi sebenarnya bukan bertujuan untuk menyelongkar benak saya; Beliau sudah begitu lama dalam dunia penulisan dan sudah pasti dapat mengenali jantan atau betina bila ikan berkilas di air. Beliau hanya nak jolok-jolok supaya saya melatah!
Dan siapakah saya untuk menghurai dan memberikan jawapan kepada persoalan tersebut? Namun saya kira, jawapan sebenarnya berada dibenak masing-masing. Cumanya sejauh mana orang PAS mampu bertindak dan sanggup berubah.
Saya sekadar cuba memberanikan diri memberikan pandangan saya dan disamping itu mengharapkan reaksi positif terutamanya daripada orang-orang PAS sendiri supaya perkara ini dapat sama-sama diperhalusi.
Kita tentunya menjangkakan sesuatu perubahan positif berlaku pada setiap kali peluang melantik saf kepimpinan yang baru.Tentunya harapan dan jangkaan tersebut kita izinkan berligar dalam jangka waktu yang tidak begitu terlalu lama.
Kita perlu fikirkan sejauh mana kemajuan yang telah berjaya dicapai dan jangkaan harapan yang masih lagi terkapai-kapai.Apa yang penting ialah tentang ‘expectation’ perwakilan dan tahap kemampuan calon yang diketengahkan.
Kita harus punyai kenyakinan untuk melakukan perubahan kerana kita mempunyai lapisan pemimpin yang berwibawa.Kita harus berani memberikan peluang kepada yang lain setelah kita rasakan tempuh masa yang diberikan sudah sekian cukup lama.
Dalam hal ini, bukan persoalan ‘individu ini lebih baik daripada individu itu’ tetapi lebih kepada kemampuan untuk perform diambil kira.Kita mesti berani memberikan peluang kepada bakat-bakat kepimpinan yang ada didalam parti dengan memberikan satu jangka waktu tertentu untuk menilai corak dan kemampuan kepimpinan mereka sebenar.
Melabelkan seseorang atau kumpulan tidak seharusnya berlaku apatah lagi memburuk-burukannya semata-mata untuk cuba menghalang daripada bertanding.
Hasrat untuk bertanding bukan bertujuan untuk menonjolkan kepentingan diri sendiri.Siapa yang rasa dirinya layak, mampu memberikan manfaat kepada parti, ayuh! Masuklah ke gelanggang!
Kita yakin dengan saf kepimpinan yang ada ; cumanya kita mahukan sedikit perubahan memandangkan tempoh waktu yang diberikan sudah cukup lama untuk kita memberikan penilaian.Kalau dirasakan kita cukup selesa dengan kepimpinan yang ada kini, teruskanlah ; tapi sampai bila?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan