Muda Mohd Noor |
Kumpulan 18 ADUN BN Terengganu yang tidak sehaluan dengan Menteri Besar Datuk Ahmad Said berharap mereka akan diberi jawatan utama dalam rombakan Umno negeri yang dijangka diumumkan tidak lama lagi. ADUN Paka, Zakaria @Ariffin Abdullah - salah seorang dalam kumpulan tersebut - berkata jika kumpulan itu terus dipinggirkan, kemelut politik tersebut tidak akan reda. "Syaratnya kumpulan ini (kumpulan 18) mesti ada wakil dalam badan perhubungan Umno nanti. "Jangan jadi seperti sebelum ini - kumpulan itu ditolak sehingga menyebabkan ia menjadi perpecahan di dalam parti," katanya ketika dihubungi hari ini. Zakaria berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai pengerusi Umno Terengganu yang baru. Manakala Ahmad yang sebelum ini pengerusi, dilantik sebagai timbalan pengerusi Umno Terengganu. Bawa perdamaian Pelantikan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mesyuarat majlis tertinggi (MT) Umno di ibu negara Jumaat lalu. Zakaria berkata, kumpulan 18 mengalu-alukan pelantikan Hishamuddin sebagai pengerusi perhubungan Umno Terengganu yang baru. "Saya tidak mahu kata ini satu kejayaan kumpulan 18 kerana perkataan itu memberi maksud mahu menjatuhkan Ahmad. "Tetapi kami semua merasa gembira dengan pelantikan tersebut," katanya. Ketika diminta mengulas pelantikan Hishamuddin, Zakaria berkata, naib presiden Umno itu boleh membawa perdamaian kepada Umno negeri. Katanya, kedua-dua kumpulan sama ada Idris mahupun Ahmad boleh menerima menteri dalam negeri itu menyelesaikan kemelut Umno Terengganu. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Hisham diminta lantik wakil Kumpulan 18
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan