"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tulang Besi bidas Nik Abduh tak faham penerangan ayahandanya Tok Guru Nik Aziz dalam isu "Unity Government!"


SAYA membaca artikel Ustaz Nik Abduh yang terbaru bertajuk ”Kerja-kerja bodoh dalam PAS”. Saya merasa terpanggil untuk menjawab beberapa hujjah yang dilayangkan oleh beliau semoga semua pembaca mendapat penilaian yang seimbang dalam isu ini. Dan semoga kita dapat menilai isu ini dengan akal yang rational.

Saya bersyukur kerana Mursyidul Am PAS adalah Tok Guru Nik Aziz dan bukannya Ustaz Nik Abduh. Ini kerana melihat cara pemikiran beliau berpotensi untuk menghancurkan PAS seluruhnya.

Nik Abduh (NA) berkata: 
”Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Apa yang Nik Abduh tak faham dari jawapan ayahandanya adalah jangan haraplah UMNO akan ”bermain bersih” walaupun Kerajaan Nasional(Perpaduan) berjaya ditubuhkan.

Apa yang UMNO akan buat ialah mereka akan mengekalkan kekuasaan mereka ke atas Kementrian2 yang strategik dan penting di masa yang sama parti2 lain akan memegang portfolio yang kurang strategik. Kalau tidak mereka tidak akan bersetuju untuk menubuhkan kerajaan ini.

Bila masa yang sesuai, UMNO akan menggunakan kekuasan fizikal mereka untuk menghancurkan kita. Itu pasti dan itulah hujjah utama di belakang jawapan Ayahanda kamu seperti diatas yang kamu tidak mampu memahami lagi.

Mampukah Nik Abduh Memberi Jaminan?

Apakah beliau lupa ayahandanya ada semasa UMNO menikam PAS dari belakang. Ayahanda beliau lebih kenal UMNO ini berbanding dengan beliau. Bak kata orang terkilas ikan di air, tau jantan betinanya. Begitulah dalam pengetahuan berkenaan UMNO yang terkandung dalam minda Tok Guru Nik Aziz. Pendek kata, segala ”trick” UMNO itu ada dalam poket Tok Guru Nik Aziz.

Yang lagi baik, bolehkah Nik Abduh memberi jaminan bahawa di dalam Kerajaan Nasional (Perpaduan) ini, UMNO tidak akan menipu? Kerana dahulu semasa PAS menyertai kerajaan Barisan Nasional PAS telah ditipu hidup2 walaupun sebelum itu UMNO telah menjanjikan berbagai-bagai perkara.

Apa makenisme yang boleh menghalang PAS dari ditipu dalam kerajaan perpaduan tersebut? Mahkamah? Polis? Tentera? SPRM? Bomoh? Tidak ada.. kerana UMNO akan memastikan semua alat kekuasaan kekal di dalam tangan mereka walaupun sebuah kerajaan perpaduan ditubuhkan.

Dalam kes Perak kita lihat bagaimana Istana, Mahkamah, SPR, Polis, Tentera dan PEKIDA digunakan dengan jayanya untuk mengkhianati PAS. Ertinya, tiada yang haram bagi UMNO. Segalanya halal dan mereka tidak ada belas ehsan didalam menghancurkan musuh mereka.

Jangan merendah-rendahkan taraf pemikiran Tok Guru Nik Aziz!

Nik Abduh menulis: 
”Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH. Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!”

TGNA mempunyai sifat kepimpinan dan kepintaran di dalam politik yang amat tinggi. Dan penasihat-penasihat TGNA tidak akan mampu untuk menipu TGNA dengan memberikan nasihat-nasihat yang bertaraf rendah. Mustahil Tok Guru Nik Aziz menyalah-fahami konsep sebenar Kerajan Perpaduan ini kerana ayahanda kamu ini seorang yang teliti dan mampu membuat penilaian yang baik.

Dengan membuat kenyataan di atas, Nik Abduh seperti berkata bapanya seorang dunggu yang tidak mampu berfikir sendiri. Mudah menerima cakap penasihat-penasihat beliau tanpa usul periksa. Apa Nik Abduh ni hebat sangat ke sampai lupa bahawa TGNA telah menjadi Menteri Besar Kelantan selama 4 penggal berturut2. Tiga Presiden UMNO telah berlalu namun TGNA masih kekal sebagai MB Kelantan.

Juga, TGNA adalah tokoh nasional yang paling popular sekarang ini melebihi Dr.Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi ataupun Najib Tun Razak? Adakah tokoh seperti ini boleh dikatakan dunggu sehingga tidak mampu membezakan antara nasihat yang baik dengan nasihat yang tidak baik?

Berhentilah menyalahkan penasihat-penasihat Tok Guru. Kalau hujjah kamu kuat dan padat nescaya ayahanda kamu akan mendengar nasihat kamu.

Nik Abduh Nak Suruh Kerjasama Dengan Kerajaan Zalim?

Nik Abduh menulis lagi: 
”Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata. Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.”

Di sini saya berani kata Nik Abduh ni ”naive”. Kenapa saya kata begini? Walaupun kedua-dua kerajaan ini dipandang bukan kerajaan Islam, tapi satu kerajaan ni zalim dan satu tidak.

Bukti kezaliman BN ini terlalu banyak. Suka saya ambil contoh satu sahaja yang melibatkan abang saudara, Nik Adli. Kerajaan Malaysia telah menahan beliau dibawah ISA atas arahan Amerika dengan alasan untuk menentang keganasan. Padahal, dosa Nik Adli hanyalah kerana beliau pernah berjihad di Afghanistan sewaktu CIA menyokong serta membekal senjata kepada Mujahiddin Afghanistan.

Pada waktu yang sama, Najib Tun Razak telah pergi ke Amerika dan berucap di Heritage Foundation di mana beliau dengan bangga menyenaraikan kesemua bantuan dan kerjasama kerajaan Malaysia dengan Amerika.

Antara ucapan beliau adalah: "Some 62 terrorists and militias with global and regional links have been arrested under our Internal Security Act, and more are currently being hunted down."

Beliau begitu berbangga dengan penangkapan tersebut. Dah lah tangkap tu sendiri zalim, boleh berbangga dan menunjuk kepada Amerika pula tu.

Beliau dilaporkan sehingga berkata: ” The United States has excellent access to Malaysian intelligence.” (Amerika mempunyai capaian yang amat baik kepada maklumat perisikan Malaysia).

Begitu komitednya Malaysia kepada Peperangan Terhadap Keganasan anjuran Amerika dan Bush. Menahan orang yang tidak berdosa seperti Nik Adli adalah terlalu kecil berbanding dengan senarai kerjasama yang diberikan oleh UMNO/BN kepada Amerika. Bacalah ucapan Najib Tun Razak itu di sini dan buat penilaian sendiri.

Dengan kata lain, walaupun kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN tidak ”islamik” tetapi sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat tidak zalim, tidak pernah mengkhianati PAS hatta DAP dan tidak korup. Ertinya, Islam lebih terjaga dan terpelihara di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Begitu dangkal sekalikah tahap penilaian Ustaz Nik Abduh dalam perkara ini?

Siapa Sebenarnya Yang Bodoh?

Saudara/ri pembaca buatlah penilaian sendiri. Cumanya saya nak dedahkan bahawa Ustaz Nik Abduh adalah antara yang terlibat dalam perjumpaan yang saya laporkan tempohari dalam artikel saya bertajuk "Roslan SMS Harus Nafi Cerita Ini!!!!

Nasihat saya, siapa yang teringin nak masuk UMNO, silalah masuk UMNO. Jangan bawa PAS bersama.
Oleh Tulang Besi

Tiada ulasan: