"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

YANG ADA PADA NAJIB HANYALAH....

  Assalamualaikum,

Dihebohkan semasa Altantuya datang ke Malaysia ia membawa bersamanya 2 orang Mongolia lain sebagai pawangnya. Agaknya tugas pawang ini ialah menjampi dan menyerapah sesuatu agar apa yang dihajat oleh majikannya berjaya diperolehi.

Amat sedih dan amat malang, cerita mengenai Altantuya ini terpaksa dikaitkan dengan perdana menteri Malaysia yang baru, Najib. 
Sebagai rakyat Malaysia, semua akan mahu perdana menteri mereka seorang yang paling terhormat dan dihormati, tetapi ini tidak kelihatan menjadi dengan perdana menteri sekaran ini.

Bermula dengan Anwar Ibrahim dituduh meliwat seorang pemuda, imej Najib semakin redum, walaupun itu tidak menghalang beliau menjadi perdana menteri yang ke enam. Apa perlunya dicipta satu lagi isu yang membabitkan liwat oleh Anwar Ibrahim ke atas seseorang sayatidak faham. Itu adalah usaha persilatan politik yang dangkal dan tidak matang. Ia bukan membantu Najib, tetapi menjadikan laluan semakin berduri dan perlu bertinjit untuk melalui jalan tersebut.

Rampasan kuasa di Perak dengan jelas menunjukkan Najib sebagai pengemudinya, dan tindakan ini juga menjadi satu
fumble yang sangat teruk serta menjerumus semua institusi ke lembah kemelut tanpa kesudahan. Institusi yang tidak sepatutnya terpalit dan berlumur dengan kehanyiran serta kebusukan politik penipuan, sogok dan ugut menjadi turut sama terheret tanpa jangkaan. Ini menghentak imej Najib rendah serendah rendahnya; penyek sepenyek penyeknya.

Penyelesaian kepada kemelut ini tiada penghujungnya, kerana semakin mereka cuba 
sidestep masalah ini, semakin dalam mereka tecebur.


Satu lagi petaka yang menghantui Najib ialah terlalu banyak pilihanraya kecil terpaksa diadakan dalam masa yang singkat. Pilihrayan kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai telah diadakan, dan BN telah kalah 4-1 dalam pertandingan ini. Kekalahan ini bukan sahaja memalukan tetapi yang lebih penting lagi ialah satu petunjuk bahawa setiap pilihanraya kecil yang BN kalah, hayatnya dikerat semakin pendek.


Oleh itu, Najib sedang memikir mikir untuk BN tidak lagi dimalukan pada pilihanraya kecil Penanti dalam parlimen Permatang Pauh. Alasan yang cuba diberikan ialah membazirkan wang. Bagaimana tidak, perbelanjaan untuk urusan pilihanraya kecil mampu ditanggung oleh negara, tetapi perbelanjaan untuk BN memancing pengundi menjadi terlalu membebankan kepada mereka. Sekiranya jalan raya yang tidak perlu diturap, tetapi disebabkan pilihanraya kecil maka jalan tersebut diturap lagi dan dalam tempoh masa yang singkat, tentulah kosnya akan menjulang naik. Wang yang hendak ditabur kepada pekerja pilihanraya BN yang sentiasa pelahap juga menjadi melangit. Inilah yang mereka maksudkan membazirkan wang.


Persidangan antarabangsa pertama yang dihadhiri oleh Najib di Thailand juga menjadi satu petaka tidak dijangka kepada Najib. Walaupun itu adalah diluar kawalan dan dugaan semua orang, namun ia seolah menunjukkan ada seolah satu 
jinx yang menghantui Najib. Sebab Najib berada di situ, keseluruhan persidangan tersebut menjadi batal.

Sebaik sahaja Najib memegang pucuk pemerintahan, beliau mengisytiharkan konsep 
one Malaysia,[tetapi saya dengan orang Malaysia menyebutnya sebagai wan Malaysia]. Ini adalah satu konsep yang tidak difahami oleh rakyat Malaysia, sehingga orang UMNO sendiri geli geleman dengannya, kerana mereka yang telah fobia dengan konsep Malaysians' Malaysiamenyangka bahawa wan Malaysia sama dengan Malaysians' Malaysia.


Anda tanyalah 10 orang apa itu 
wan Malaysia? maka anda akan dapat 10 jawapan.

Belum pun panas kerusi pm yang diduduki Najib, pelbagai masalah timbul. Berlaku gelojak dan pertelingkahan politik di Terengganu. Nampaknya Mat Said, menteri besar sekarang sedang melalaui hari hari getirnya, kerana telah ada ura ura untuk membuat undi tidak percaya kepada beliau dalam sidang DUN negeri tersebut. Ini akan merobekkan kedudukan rapuh politik BN di Terengganu.

Begitu juga di Perlis. Masalah dan kemelut politik di sana kembali bernyala, dengan kemungkinan ada pihak pihak yang akan terbakar atau hangus dengan perkembangan terkini di negeri tersebut.

Bagaimana pula dengan Ali Rostam? Dia telah didapati sah melakukan rasuah dalam usaha mendapatkan undi pada perhimpunan agung UMNO yang baru sahaja berlangsung. Kalau Isa Samad yang didapati bersalah dengan tuduhan yang sama terpaksa melepaskan jawatan awamnya, mengapa Ali Rostam masih lagi jadi ketua menteri Melaka?

Semalam Adnan Yaakob pula diarah oleh mahkamah membayar saman sebanyak RM 63 juta. Kesnya ialah mengenai pembalakan di Pahang. Adakah Najib akan berdiam diri apabila sesuatu yang besar seperti ini berlaku di negeri beliau?

Jadi sepanjang perjalanan singkat Najib dipuncak kuasa di Malaysia, ia sentiasa terhincut dan tersadung. Itu adalah pertanda perjalanan tersebut akan sampai ke penghujung tidak lama lagi.

Yang ada pada Najib hanyalah bibir yang mekar bak delima merekah.

Itulah pengubat lara nenek nenek wanita UMNO.

Tiada ulasan: