Hazayani Zakaria | |
KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Exco Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Husam Musa menyambut baik saranan kerajaan agar Tabung Haji (TH) dan Pusat Zakat (PZ) meneliti penggunaan dinar emas sebagai asas dalam urusan mereka. Namun beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat berharap ianya dilaksanakan mengikut seperti yang dikehendaki Islam, bukan hanya mengambil sebahagian sahaja. Pertama saya ucap tahniah kepada kerajaan persekutuan.Akhirnya boleh berkongsi pandangan dengan kerajaan negeri Kelantan. Tetapi pelaksanan itu mesti seperti yang dikehendaki Islam. Tak boleh ambil separuh-separuh," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Beliau turut berkongsi kebimbangan mengenai keadaan ekonomi negara yang tidak stabil ketika ini dan memerlukan kepada penggunaan dinar emas sebagai alternatif memandangkan ianya terkenal dengan sifatnya yang stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi. Idea penggunaan dinar emas telah dicadangkan oleh Husam dari tahun 2001 lagi apabila Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganjurkan idea yang sama pada tahun itu. Pada tahun 2001, Tun Dr Mahathir mencadangkan penggunaan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi menghadapi manipulasi mata wang. Namun idea berkenaan terhenti setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pentadbiran negara pada tahun 2004. Kerajaan Kelantan bagaimanapun telah menggunakan Emas Dinar Kelantan sebagai simpanan nilai, walau pun ia tidak dipersetujui pihak-pihak tertentu termasuk Kerajaan Pusat ketika itu. Manakala pada 24 Julai 2007, Kerajaan Kelantan melalui badan penyelidiknya, Kelantan Reserch Institute and Strategic Studies (Kriss) menganjurkan seminar antarabangsa dinar emas (International Seminar on Gold Dinar) di PWTC. Tun Dr Mahathir turut berada di majlis itu dan memberikan ucap utama atas kepentingan idea bersama iaitu 'dinar emas' antara beliau dan pemimpin PAS Kelantan. Husam juga berkata, meskipun baru sekarang kerajaan menyedari kepentingan penggunaan dinar emas sebagai alternatif kepada penggunaan mata wang, namun ujarnya Kelantan bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi meningkatkan penggunaan dinar emas. "Walaupun dia terlambat tapi saya alu-alukan dan kelantan bersetuju untuk beri kerjasama untuk membolehkan wang dinar ni berkembang lagi," jarnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata, sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Teks ucapan beliau dibaca oleh Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahabudin Yahya pada majlis perasmian Sminar antarabnagsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar 2009 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi Khamis lalu. Ini sekaligus menunjukkan apa yang teah dipraktikkan oleh Kerajaan Kelantan ternyata membawa kebaikan dan turut diakui oleh kerajaan pusat. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: Dinar Emas, Pusat akhirnya akui amalan Kelantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan