Sarjana Tua, KL. | |
Allahhuakbar. Allah Maha Besar. Inilah kalimah suci yang setiap muslim sebut sebagai takbir yang dipermainkan oleh puak-puak UMNO untuk menyerang pakatan rakyat terutama PAS. Sehingga begitu sekali kedangkalan mereka terhadap sensitiviti agama Islam yang suci ini. Dimana ustaz-ustaz dan ustazah UMNO yang lebih hadhari? Di mana mufti-mufti yang lantang menegakkan perkara remeh, sedangkan perkara ini dibiarkan begitu sahaja? Ini dibuktikan dengan gambar demonstrasi kepala lembu yang dibawa ke Pejabat SUK Selangor tempoh hari. Apa kena mengena isu kuil dengan "banner" TAKE BEER yang dipamerkan semasa demontrasi tersebut? Kain rentang itu juga ditulis dengan sebutan 3 kali iaitu TAKE BEER, TAKE BEER, TAKE BEER. Bukankah ini sebahagian kata-kata untuk mencemarkan kalimah suci takbir itu sendiri? Allahhuakbar. Jahilkah mereka ini dengan agama Islam? Di manakah pemimpin mereka yang mendidik mereka dengan jiwa Islam? Benarkah mereka ini (ahli UMNO) dididik dengan Islam yang dibawa oleh Rasullullah? Allahhuakbar, Allahhuakbar. Allahhuakbar. Insafilah sebelum Allah menurunkan bala di bumi Malaysia ini. Jangan pula pada ketika itu puak-puak jahil ini menjadi lebih jahil dari sebelumnya. Ini salah satu contoh kesan Islam Hadhari yang dibawa oleh UMNO Malaysia. Islam Hadhari itu sendiri mati ketika pemimpinnya bertukar ganti. Islam yang dibawa Rasullullah kekal segar selamanya bukan sekadar slogan yang dicipta itu. Wahai puak-puak yang mempermainkan kalimah suci Allah ini. Kalimah ini bukan milik Pas tetapi sedarlah ia milik Allah S.W.T. Kalimah suci ini tidak boleh dipermainkan apatah lagi dipersendakan. Kebanyakkan ahli dan penyokong PAS bertakbir kerana ianya sebahagian daripada satu cara hidup. Kekuatan mereka dijana oleh kekuatan yang ada dengan kalimah takbir ini. Anda pula mempersendakannya. Anda juga Islam. Tetapi benar kata Rasullullah bahawa dalam Islam juga wujud golongan munafik dan fasik. Adakah dan hendakkah kalian yang mempersendakan kalimah Allah ini berada dalam dua golongan itu? Tepuk dada tanya iman. Kepada penyokong atas pagar dan penyokong tegar UMNO Be End ini, sedarlah dari kealpaan anda. Beralihlah kepada kumpulan yang menegakkan kebenaran dan kelangsungan hukum Allah. UMNO Be End bukanlah pilihan terbaik untuk mengembalikan Hak Allah dibumi Malaysia ini. Pakar-pakar agama Islam dalam UMNO Be End ternyata lemah dan gagal untuk menjadikan negara Malaysia ini menegakkan Hak Allah sepenuhnya. Kuasa adalah kekayaan mereka. Ingatlah anda akan ditanya apakah tindakan anda menegakkan agama Allah didunia ini kalau bukan melalui undi anda. Hanya melalui undian kita boleh merubah segalanya. Ingatlah Allah Maha Adil walaupun Dia menghumbankan kita ke nerakaNya. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: Umno ganti Takbir kepada 'Take Beer', mana pergi mufti-mufti?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan