Nazri Abdullah | |
IPOH, 1 Sept: Speaker Pakatan Rakyat Perak, V.Sivakumar akan tetap meneruskan sidang DUN esok biarpun Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan injunksinya. Pada kes yang didengar dalam kamar Mahkamah Tinggi 3 siang tadi, Pesuruhjaya Kehakiman, Tuan Tarmizi Abdul Rahman menolak permohonan V.Sivakumar (Plaintif) untuk menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim (Defendan) daripada menghalangnya menggunakan Dewan Negeri di bangunan SUK untuk persidangan DUN esok. Mahkamah juga menetapkan tarikh 1 Oktober depan untuk kes tersebut didengar semula. Dalam sidang media selepas itu, Sivakumar memberitahu, persidangan DUN Perak akan tetap diadakan esok walaupun permohonan injunksinya ditolak mahkamah. Ujarnya, keputusan mahkamah itu bukan alasan untuk beliau dan kesemua ADUN tidak bersidang esok. "Saya tetap akan teruskan persidangan esok seperti dirancang. Walaupun tak berjaya dapatkan injunksi, itu bukan alasan untuk mereka menghalang ADUN buat kerja. Halang ADUN buat kerja adalah salah di sisi undang-undang," katanya kepada pemberita selepas selesai kes tersebut didengar. Ditanya samada beliau tetap akan memasuki Dewan DUN esok, Sivakumar berkata ianya sudah tentu, kerana itu adalah matlamat asalnya sehingga terpaksa memohon injunksi. "saya memang nak bersidang di dalam Dewan Negeri Perak. Itu memang motif kita dari awal," katanya lagi. (Apakah peristiwa sidang bawah pokok akan berulang lagi esok) Siva dalam permohonannya sebelum ini memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Abdul Rahman dan/atau agen-agen dan/atau pekerjanya daripada bertindak menghalang beliau dari menggunakan Dewan Negeri untuk tarikh 2 September 2009 iaitu esok untuk diadakan persidangan. Turut dipohoan supaya defenden tidak menghalang menggunakan pejabat dan menjalankan tugas beliau sebagai Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak. Selain itu beliau juga memohon injunksi untuk mencegah sebarang penyalahgunaan, campur tangan dan pencerobohan daripada pihak defendan dan/atau agen-agen dan/atau pekerjanya. Permohonan itu dibuat mengelak kejadian Mac lalu daripada berulang. Pada 3 Mac lalu, Sivakumar beserta kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak telah dihalang oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim beserta agen-agennya termasuk pihak polis dari memasuki bangunan SUK untuk mengadakan persidangan DUN. Ekoran kejadian itu, kesemua ADUN Pakatan Rakyat tersebut bertindak mengadakan sidang DUN di bawah pokok. Esok sekali lagi bakal menyaksikan episod lanjutan krisis perlembagaan Perak. ADUN Pakatan rakyat telahpun menyatakan komitmen untuk hadir seperti notis yang telah dikeluarkan Speker V.Sivakumar sebelum ini. Mengulas samada suasana esok akan sama seperti yang berlaku Mac lalu, Sivakumar memberi kata begini, "Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi, kita tunggu dan lihat saha esok," katanya. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Nizar vs Zambry: Tetap bersidang biarpun injunksi ditolak- Sivakumar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan