"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tentera laut Israel guna bom api terhadap nelayan Palestin.

hambaAllah

Kementerian Pertanian Palestin telah meletakkan Tentera Laut Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ancaman nyawa kepada para nelayan Palestin di Gaza. Timbalan setiausaha Pertanian, Dr. Ibrahim Al-Qudra berkata dalam satu kenyataan pada hari Selasa bahawa organisasi antarabangsa harus campur tangan dan melindungi hak nelayan Palestin dalam mencari rezeki di laut.

Qudra yang melawat sebuah bot Palestin yang dibom sehingga hangus menuduh Israel mengguna bom yang boleh menyebabkan kebakaran dan berkata alasan Israel yang menuduh nelayan Palestin menangkap luar daripada kawasan adalah tidak masuk akal. Pengawai Pertanian akan mengambil langkah untuk mengelakkan serangan ke atas nelayan diulangi.

palestinkini

-tkodaily.net-

Tiada ulasan: