bumiperak
Oleh Hamdan Fadel Ahmad
Parit Buntar 3 Sept 09. Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar, meminta Pengerusi UMNO Perak, Dato Seri Zambry Abdul Kader, mencermin diri yang sebenarnya merekalah tidak menghormati sistem demokrasi yang menghalang hak rakyat mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Kerajaan pimpinan Zambry sebenarnya kerajaan haram yang tidak ditegakkan melalui lunas demokrasi tetapi melalui rampasan kuasa paling jelik dengan tidak menghormati suara rakyat.
Lantaran tindakan melanggar peraturan dan etika inilah mengelirukan serta mengwujudkan suasana kurang senang dalam kalangan rakyat. Jika benar beliau menjunjung demokrasi, bubar DUN Perak dan serah kembali kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah.
Tindakan kasar pihak polis menghalang 27 ADUN mengadakan sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 2 Sept lalu, amat dikesali. Pihak polis tidak menghormati wakil rakyat yang melaksanakan tugas mereka menghadiri Sidang DUN. Polis pukul dan tangkap mereka sehingga ada yang menerima rawatan di hospital.
Pada kejadian itu 3 orang Adun iaitu Adun Pantai Remis, Adun Simpang Pulai, adun Malim Nawar dan beberapa orang lain ditangkap dan diheret ke Balai Polis Sg Senam. Polis juga bertindak melampaui undang-undang dengan memukul dan menangkap seorang wartawan Nanyang Siang Pau. Dato Seri Nizar juga telah diherdik dengan kata-kata kesat langsung tidak menghormati kemuliaan Ramadhan.
Tetapi yang peliknya, polis tidak mempamerkan sikap yang sama terhadap kumpulan berbaju kuning pemuda Umno yang berhimpun dan melakukan provokasi di tempat dan masa yang sama.
Tindakan berat sebelah polis ini sama ketika membiarkan perarakan membawa kepala lembu dihadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor yang jelas menyentuh sensitiviti ugama. Namun, oleh kerana yang ditentang oleh kumpulan ini adalah kerajaan PR Selangor, maka polis tidak membuat tangkapan dan rakyat saksikan semua ini.
Pakatan rakyat tidak memusuhi polis tetapi hanya menolak taktik manupulasi UMNO-Barisan yang menafikan hak rakyat sehingga polis yang dianggap menjaga keamanan dan wujudnya membela rakyat, namun berlaku sebaliknya!.
Dewan Pemuda Pas Negeri Perak (DPPNP)
IPOH 3 Sept – Dewan Pemuda Pas Perak (DPPNP) memohon perkenan Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah campur tangan menyelesaikan kemelut politik Perak serta krisis pelembagaan yang terus berpanjangan sehingga kini semenjak rampasan kuasa awal Februari tahun ini.
Ketuanya, Zawawi Hassan berkata beliau yakin kemelut itu adalah sebahagian daripada krisis politik yang telah mencemari dengan pelbagai kejadian tidak diingini sehingga melanggar undang-undang. Ini memberi gambaran seolah-olah keharmonian dan kesejahteraan rakyat terabai.
Ini memberi implikasi ekonomi negeri dan pandangan negatif di peringkat antarabangsa.secara langsung menakutkan pelabur membuat pelaburan di Negeri Perak. DPPNP memomhon perkenan Sultan Perak dan juga bekas Ketua hakim Negar untuk menyelesaikan kemelut dan krisis yang berlaku di Negeri Perak dengan satu formula yang konkrit.
Kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak adalah krisis terbaru yang memerlukan penyelesaian segara. Sebelum ini, Sidang DUN Perak 7 Mei lalu, jelas tercemar sehingga kedudukan yang sebenar masih tidak diketahui.
Hanya dengan pembubaran DUN Perak sahaja yang akan menyelesaikan keelut dan kris yang brlaku demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat Negeri Perak kembali seperti basa kelak.
“Jesturu patik sekalian pemuda mohon limpah perkenan Tuanku Sultan Azlan Shah agar DUN Perak dibubarkan demi kebaikan rakyat seluruhnya, ampun Tuanku”.
bumiperak.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan