Dzulfikar Mashoor | |
SHAH ALAM, 2 Sept: Sejak demontrasi mengarak kepala lembu berdarah terjadi enam hari lalu, khalayak rata-ratanya ingin tahu siapakah sebenarnya di belakang demonstrasi yang mendakwa diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam ini. Harakahdaily mengambil inisiatif bagi mengenalpasti siapakah mereka yang terlibat itu. Terbukti, hampir kesemua mereka adalah pemimpin Umno Selangor dan tempatan iaitu Seksyen 23. Bagi menganalisanya, klik video youtube digunakan sebagai rujukan. Analisis impirikal ini dibuat bersama dua Exco Pemuda PAS Selangor Nadzham Haji Ahmad Nazir (berkolar kuning) dan Mohd Khairul Afandi Ibrahim (berbaju hitam berlogo PAS).(gambar bawah) Berdasarkan klip youtube tersebut, Nadzham mendakwa bahawa dalang sebenar perhimpunan terbabit adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23, Haji Azmir Mohd Zain. Jelasnya, Azmir merupakan adik kandung kepada bekas Adun Kota Anggerik Dato' Nawawi Md. Zain (dalam Parlimen Shah Alam) yang mewakili Umno dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. "Kalau dah ada Ketua Penaja Umno (cawangan) Seksyen 23 menjadi kepala demontrasi itu, siapa lagi dalangnya?" kata Nadzham. "Kalau orang PAS, kita (ahli-ahlinya) tidak akan demontrasi isu perkauman, (sebaliknya) kita akan demontrasi isu hak asasi dan Islam. Sudah lama kita (pemimpin PAS) ditangkap, kene gas pemedih mata, dibelasah FRU (atau) dikenakan Akta Hasutan serta ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)." Jelasnya lagi, Azmir turut dikenali khalayak tempatan sebagai salah seorang penggerak pasar malam yang menguasai kawasan panas, Up-Town Shah Alam. "Dia (Azmir) salah seorang yang kuasai Up-Town Shah Alam. Itu sebab walaupun penduduk setempat membantah (dan) pungut tandatangan bantahan disebabkan (bunyi) bising-bising, sampai sekarang tak berjaya (dipindahkan); sebab Dato' Nawawi di belakangnya," katanya lagi. Nadzham yang pernah dikenali sebagai penggerak Pemuda Umno Shah Alam pada era Reformasi 1998, sebelum menyertai PAS. Tambah Nadzham lagi, antara demontran yang cuba menyamar sebagai pemuda PAS dalam demontrasi ekstrem tersebut adalah bekas Bendahari Pemuda Umno Shah Alam sendiri, selepas meneliti klip youtube Malaysiakini. Menurut Khairul Afandi pula, demontrasi melampau tersebut turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Selayang, Sohaimi Shahadan. Sumber dalamam Umno ketika dihubungi kemudian bukan sahaja mengesahkan keahlian Umno Sohaimi, malah menjelaskan bahawa Sohaimi bukanlah penduduk tempatan Seksyen 23, di sini. Sebaliknya, beliau bermastautin di Batu 19, Kuang, Rawang. Sumber tersebut juga mendedahkan bahawa terdapat kes kuil bersebelahan masjid di Sungai Buluh (berdekatan Kuang) yang sampai ke pengetahuannya beberapa tahun lalu (iaitu sewaktu Umno BN memerintah Selangor), tetapi beliau mengambil sikap sambil lewa sahaja. Sumber tersebut juga mendakwa Sohaimi merupakan antara individu yang terbanyak mengaut tender projek di bawah Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani melalui Menterinya Datuk Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, sejak kerajaan Selangor jatuh di bawah Pakatan Rakyat. Dalam pada itu, Khairul juga mendakwa penduduk tempatan tidak mengenali Ibrahim Sabri yang mendakwa sebagai Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 di sini; sehinggalah sebuah akhbar harian membuat liputan luar biasa ke atasnya. Sambil menyifatkan Ibrahim Sabri berdusta kepada khalayak, Khairul dan Nadzham juga mendakwa lelaki misteri itu cuba mencari helah apabila banyak pihak mempertikai tindak tanduk mengarak dan menendang kepala lembu berdarah itu. "Sepatutnya dia (Ibrahim Sabri) sebagai penganjur menasihati supaya kepala lembu berdarah itu tidak dibawa bersama perarakan itu," katanya. Ibrahim turut didakwa cuba mencari helah untuk mengelakkan Umno mendapat nama burok dari peristiwa itu. Utusan Malaysia semalam melaporkan, Ibrahim berkata: "Sebenarnya kita sendiri tidak menyangka perhimpunan yang diadakan itu di hadapan bangunan SUK selepas solat Jumaat itu ada orang yang membawa kepala lembu." Jelasnya lagi, cadangan mengarak kepala lembu 'berdarah' itu tidak pernah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pendududuk Seksyen 23. Namun rakaman Youtube Malaysiakini, membayangkan Ibrahim bersifat ekstrem, kalau tidak pun terlibat mengarak kepala lembu yang segar berdarah itu. "Kami (mewakili) penduduk Syeksyen 23 (Shah Alam) sekali lagi menyatakan tidak akan berganjak walaupun seinci,walau nyawa habis (terkorban), walau darah mengalir; kami tetap pertahankan Seksyen 23 (Shah Alam) daripada dibina kuil,� kata Ibrahim sebagaimana yang dirakamkan dalam video itu. Agendadaily melaporkan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar semalam berkata, "Jangan tuding jari pada pihak lain (Umno), saya sendiri lawat tapak di Seksyen 23 pada 18 Ogos lalu untuk terima memorandum bantahan yang hendak diserah kepada Perdana Menteri." Bagaimanapun, Noh dalam kenyataannya 18 Ogos lalu mahu menyertai bantahan penduduk dengan mendapatkan injunksi Mahkamah atas cadangan kerajaan negeri membina kuil tersebut. Beliau mendakwa keputusan itu sebagai mainan politik Pakatan Rakyat negeri, demi mengetepikan bantahan penduduk setempat Jumaat lalu. Semalam, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar pada satu kenyataan akhbar di Pejabat Agong PAS berkata, "Saya lihat bahawa isu ini ada kepentingan politik kepada Umno Barisan Nasional dengan mengadu domba hubungan antara kaum yang harmoni dalam negara kita untuk mencetuskan suatu keadaan tegang bagi survival politik mereka." Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang ditemuramah lewat malam tadi, mempertikai tindakan Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammudin Tun Hussien yang menyanjungi para pemuda ekstrem terbabit. "Saya diberitahu bahawa Hishamuddin akan turun sendiri ke sini (Seksyen 23) untuk bertemu dengan samseng-samseng terbabit. Itu suatu penghormatan (Hishamuddin) sedangkan samseng-samseng itu jelas membelakangkan undang-undang dalam isu ini." "Saya tahu bahawa yang bercakap itu (demontrasi kepala lembu berdarah) bukan mewakili penduduk setempat (Seksyen 23). Saya sedih melihat bagaimana samseng-samseng itu boleh bertindak sesuka hati mereka. "Orang-orang sebegini sepatutnya sudah lama dikenakan tindakan undang-undang (kerana) mereka sudah merosakkan harta benda awam, mengancam orang ramai dengan kata-kata hasutan. Mereka dikebalkan sehingga mengugut penduduk yang mempersoal tindakan mereka," katanya. Tanpa menyebut nama-nama mangsa, Khalid juga menjelaskan bahawa beberapa saksi kejadian yang tampil membuat kenyataan sudah diugut serta diarahkan meninggalkan kediaman mereka, di sini. Khalid juga menjelaskan bahawa beliau masih menunggu maklum balas pihak Polis sejak Sabtu lepas. Utusan Melaporkan, Noor Azam memaklumkan bahawa sudah terdapat 52 laporan Polis daripada penganut Hindu berhubung insiden tersebut Wartawan Harakahdaily, yang turut turun ke Seksyen 23 petang semalam mendapati Pasukan Gerakan Am (PGA) masih berkubu di Dewan Serbaguna MBSA di sini. Dua penduduk yang membuat kenyataan kepada Harakahdaily 30 Ogos lalu memeberitahu, diri serta keluarga mereka dikecam, dipulau serta diancam oleh suatu pihak yang tidak dikenali. Ditanya sama ada responden terbabit ada membuat laporan Polis, kedua-duanya memberikan alasan takut terus diancam pihak terbabit. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: Menjejak dalang di sebalik kepala lembu berdarah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
setelah menyajikan bermcm juadah kepada rakyat nampak tdk menyelerakn umno/bn terpaksalh menyajikn juadah paling istimewa untuk santapan iaitu menu yg bernama PERKAUMAN. Tujuannya tidak lain sekadar utk meraih sokongan melayu. sayangnya khalayak ramai tidak terperangkap dgn isu yg paling bodoh ini.
Catat Ulasan