Assalaamualaikum dan salam hormat. Seperti juga Sayuti, saya tidaklah begitu berminat untuk mengulas tentang Ibrahim Ali ini (selepas ini disebut Ibrahim). Kerana apa? Kerana sejarah telah menjelaskan siapakah sebenarnya Ibrahim ini. Sejarah yang bertulis disebut buku sejarah. Namun ingatan manusia juga sejarah. Dan sejarah itulah yang meneyebabkan saya tidak berminat dengan Ibrahim ini.
Ibrahim bersikap seolah-olah dia sedia menjadi suruhan PAS melalukan apa sahaja. Bahkan kata Ibrahim dia sanggup duduk ditepi tangga walaupun tuan rumah PAS tidak menjemputnya naik ke rumah. Dan ibrahim sekarang telah dijemput naik kerumah. Ibrahim menjadi calun dengan kebenaran menggunakan logo PAS.
Namun sekarang Ibrahim telah mencerca tuan rumahnya. Ibrahim mencerca PAS, mencerca TG Nik Aziz. Bagi saya, Ibrahim seharusnya turun dan keluar dari rumah yang ditumpanginya. Ertinya Ibrahim harus meletakkan jawatan. Oh, mungkin dia akan menjawab dia calun bebas bukan calun PAS. Ok tak apa, kerana PRU hadapan Ibrahim tidak mungkin lagi menjadi MP kerana hanya dengan menggunakan logo PAS sahaja Ibrahim telah menjadi MP. Kalau tidak, Ibrahim hanya mendapat bebrapa ratus undi sahaja, itupun mungkin dari saudara maranya sahaja.
Dalam satu ceramah anjuran PAS. Ibrahim diberi julukan Khalid al-Walid. Khalid adalah Sahabat RasuluLLah yang unggul. Asalnya kafir kemudian menjadi Pedang Islam. Soalnya apakah Ibrahim menepati krateria ini. Tidak sama sekali. Dan Ibrahim menolaknya dan menyebutnya dia adalah Katak.
Namun Ibrahim memang cerdik. Dia tahu inilah penggal terakhir dalam hidupnya akan menjadi MP. Dan dia menubuhkan PERKASA. PERKASA adalah NGO memperjuangkan melayu katanya. Kalau dalam Islam memperjuangkan bangsa ini assobiyyah. Dan dalam bahasa moden chauvinist. Entahlah...
Yang jelas Ibrahim dipergunakan dalam menarik sokongan melayu. Melayu menolak 1Malaysia. Kerana 1Malaysia bakal merugikan melayu seperti kata beberapa orang yang saya tanya.. Dan Ibrahim jadi penarik sokongan melayu. Dan jarang sekali mendengar PERKASA menyebut 1Malaysia seperti juga TPM Muhyidin Yasin.
Namun yang saya ingin ingatkan kembali kepada pemimpin PAS, jadikanlah sejarah Ibrahim ini sebagai peringatan. Ertinya bertindak harus berfikir 10 langkah ke hadapan. Seperti juga kes orang Kristen juga ingin menggunakan kalimah ALLah, memang dalam al-Quran ada menyebutnya. Namun ia hanya literal, dan hakikatnya jauh dari kebenaran. Dan ulama PAS dan juga yang lain jangan mudah mengatakan tulisan penulis tidak ada sijil, sebagai penulis bebal. Kerana sejarah Ibrahim adalah contoh terbaik tindakan yang mungkin diluar pertunjuk ALLah Taala atau ijtihad yang tidak menepati.
MAafkan saya jika saya berkata, saya melihat seolah-olah TG-TG dalam PAS seperti diperbodohkan Ibrahim ini.
TG Nik Aziz pernah berkata, Mahathir adalah perdana menteri yang paling bijak...Dan saya berpendapat Ibrahim juga layak diberikan julukan yang sama dengan Mahathir. Dan Mahathir berkata "Kerajaan Najib jangan ketepikan PERKASA..."
Maaflah jika tulisan ini menyinggung Ibrahim. Yelah saya amat takut kalau Ibrahim mendesak kerajaan menggunakan ISA kepada saya. Saya bebas bersuara tetapi belum tentu bebas sebelum bersuara.
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan