"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MEB umpama 'tulang yang direbus berulang kali' - Mahfuz

WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan Model Ekonomi Baru (MEB) tidak memberi kesan kepada rakyat mahupun membawa sesuatu yang baru umpama 'tulang yang direbus berulang kali, sedangkan isinya tiada'.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pengumuman yang dibuar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak langsung membawa satu 'berita gembira' kepada rakyat, sebaliknya hanya kepada kroni-kroni Umno/BN yang telah diatur untuk mendapatkan projek dalam MEB.

Hakikatnya pelancaran MEB hanya mengulangi retorik kepentingan peribadi syarikat berkepentingan kroni Umno/BN yang akan mengaut keuntungan dengan dasar penswastaan yang lebih parah, katanya.

Penggunaan dana awam seperti Kumpulan Wan Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pelaburan kepada syarikat-syarikat kroni hanya akan membuka satu lagi masalah baru kepada rakyat dan pencarum, katanya.

Ini kerana sebelum ini terdapat rekod-rekod buruk beberapa GLC mahupun syarikat milik kroni yang diberikan 'suntikan' pelaburan melalui dana awam yang akhirnya menyebabkan kerugian, ujar Mahfuz.

Tiada ulasan: