"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Palanivel ‘bisu’ peluang tanding semula di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 2 April: Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel masih ‘membisu’ berhubung peluang beliau dipilih semula sebagai calon kerusi Parlimen Hulu Selangor tetapi yakin wakil MIC akan dikekal bertanding lagi.

“Ini sebenarnya kerusi MIC dan selalu ditandingi MIC.

“Memang akan ada permintaan ketika pilihan raya. Tetapi ini adalah pilihan raya kecil... tidak harus ada gangguan (dengan perubahan kerusi) kerana ini kawasan pengundi campuran,” kata Palanivel ketika ditemui di pekarangan Masjid Kg Sentosa di sini hari ini.

Ketika diulang tanya harapan beliau diturunkan semula, Palanivel memberitahu “nama saya dicalonkan oleh parti dan presiden.”

Palanivel ditemui pada majlis dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Masjid Kg Sentosa.

Majlis itu merupakan persinggahan kedua Muhyiddin di sini selepas pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan 25 April ini sebagai hari pengundian.

Pukul 3 petang tadi Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menghadiri majlis Sepetang. TPM Bersama Warga Pendidik Hulu Selangor di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor di Ulu Yam.

Palanivel bertanding di Hulu Selangor sejak 1990 tetapi tewas pada 8 Mac 2008.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: