"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tawaran MB: Zambry cuba jadi pelakon terbaik

Johari Jaafar
IPOH, 1 April:
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyifatkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir cuba menjadi johan atau pelakon terbaik dengan mendakwa ditawarkan menjadi menteri besar selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, dakwaan tersebut boleh disifatkan sebagai skrip jenaka yang melucukan.

Sehubungan itu, beliau meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak segera menyiasat dakwaan itu dan sejauh mana kebenarannya kerana banyak persoalan timbul sekarang berkaitan tawaran tersebut.

Beliau merasakan dakwaan tersebut memburukkan reputasi pentadbiran kerajaan negeri kerana sesiapa sahaja boleh mendakwa ditawarkan jawatan menteri besar bila-bila masa sahaja.

“Kami bimbang budaya ini akan menggambarkan kerajaan negeri tidak mempunyai integriti serta boleh menakutkan pelabur untuk terus berlabur di Negeri Perak jika suasana ini tidak di bendung,” ujarnya.

Beliau juga hairan dengan dakwaan Zambry itu yang sepatutnya telah lama dilaporkan kepada SPRM sambil menyifatkan tindakan tersebut mempunyai agenda tertentu yang perlu dilihat sebagai satu tindakan politik yang terdesak.

“Sudah tentu ini akan membimbangkan Umno itu sendiri berkaitan jawatan menteri besar yang disandang oleh Zambry kerana kestabilan kerajaan negeri boleh tergugat dengan adanya iklim tawar-menawar ini sekiranya ia benar berlaku terutama tiga Adun Bebas yang menjadi punca kepada insiden ketidakstabilan negeri sekarang,” ujarnya.

Tiada ulasan: