"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kartika jalani hukuman khidmat masyarakat?

Bekas model Kartika Sari Dewi Shukarno diperintahkan ke Jabatan Agama Islam Pahang di Kuantan esok bagi menjalani hukuman terhadapanya kerana didapati bersalah minum arak, kata bapanya.

NONEShukarno Mutalib (kiri, bersongkok) berkata, beliau dimaklumkan oleh peguam mereka bahawa anaknya diminta melaporkan diri ke jabatan tersebut pada jam 8.30 pagi esok.

“Esok saya akan serah dia (Kartika) pada Jabatan Agama. Katanya untuk jalani kerja-kerja (khidmat) masyarakat,” katanya ketika dihubungi
Malaysiakinipagi ini.

Shukarno bagaimanapun tidak pasti sama hukuman sebat terhadap anaknya dibatalkan.

“Saya pun tidak pasti. Ada ruang bincang, kita bincang. Esoklah kita tengok apa jadi,” katanya.

NONEDitanya perasaannya sekiranya hukuman kontroversiti itu dibatalkan dan digantikan dengan khidmat masyarakat, Shukarno secara berseloroh berkata:

“Kalau tidak gembira, saya tidak hantarlah (ke Kuantan). Tetapi yang penting, saya turut perintah.

"Sama ada gembira atau tidak kita tengok esoklah,” katanya yang kini sudah sampai di Kuala Lumpur dan dijadual bermalam di sini, sebelum bergerak ke Kuantan awal pagi esok.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: