
"Pembangunan itu sangat ditunggu-tunggu oleh penduduk setempat kerana pembangunan sekitarnya boleh menaikkan taraf ekonomi penduduk di sini," kata Seow Wei Min, 36, wakil penduduk Serendah yang diiringi 50 penduduk lain untuk menyerahkan memorandum itu kepada Pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Chiam Heng Keng di pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini.

Chiam (kanan) berkata penilaian akan dibuat sebelum sebarang tindakan diambil.
Dalam petisyen berkenaan, penduduk berkata mereka hilang peluang pekerjaan dan peluang berniaga secara kecil-kecilan akibat pembatalan projek itu.

Masalah kelulusan tapak projek itu bermula apabila Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) enggan mengikut syarat ditetapkan oleh kerajaan negeri supaya Menteri Besar dan seorang anggota exco kerajaan negeri dilantik dalam lembaga yayasan tersebut.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan