"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM ambil keterangan menteri kanan bantu siasat bekas setiausaha politik

PUTRAJAYA, 1 April: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan daripada seorang menteri kanan bagi membantu siasatan kes rasuah terhadap bekas setiausaha politiknya.

Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata, pihaknya mengambil keterangan itu kelmarin di pejabat menteri berkenaan pada pukul 3.30 petang dan berlangsung kira-kira dua jam.

“Siasatan ke atas bekas setiausaha politik menteri terbabit masih berjalan dan individu terlibat juga masih belum dikenakan apa-apa pertuduhan. Siasatan itu dibuat mengikut Akta SPRM 2009,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mustafar berkata seramai 10 pegawai penguatkuasa dari tiga agensi telah ditahan di Terengganu pada 30 Mac lepas atas tuduhan meminta wang perlindungan berjumlah antara RM500 dan RM5,000.

Katanya, kesemua pegawai berkenaan telah dibebaskan dengan ikat jamin SPRM sebanyak RM3,000.

“Kesemua mereka disyaki meminta wang perlindungan dari sebuah syarikat yang menjual keluli. Tujuh daripada pegawai berkenaan ditahan di Kemaman, manakala bakinya ditahan di Kuala Terengganu,” katanya.

-Bernama-

Tiada ulasan: