Ladang Escot hilang di peta Kemajuan Selangor dahulu!
Pada pagi 27 Mac 2010, satu aktiviti yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Hulu Selangor melalui Lajnah Perpaduan Nasional telah didakan di Ladang Escot, Hulu Bernam. Majlis yang diberikan kerjsama oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Bernam ini adalah bertujuan mengadakan sesi dialog dan penerangan diantara penduduk dengan exco-exco, PKNS dan pihak yang berkaitan. Turut diadakan adalah aktiviti khidmat pemeriksaan kesihatan yang dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Hulu Selangor.
Sesi yang bermula kira-kira jam 10.00 pagi ini telah berlangsung selama lebih 2 jam dan diantara pengisiannya adalah penerangan oleh YB Xavier dan YB Saari Sungib disamping penjelasan oleh wakil PKNS.Masalah yang dihadapi oleh penduduk disini adalah berkaitan dengan perumahan dimana Ladang tempat mereka bekerja selama puluhan tahun telah pun ditutup dan diserahkan kepada pihak lain. Nasib mereka terumbang-ambing dan menambah lagi bebanan mereka adalah boleh dikatakan setiap rumah disini ketua keluarganya mempunyai masalah kesihatan yang agak kronik. Ramai dikalangan ketua-ketua keluarga mereka menghidapai sakit jantung, kencing manis, darah tinggi yang menyebabkan kehilangan punca pendapatan.
Sebelum ini mereka ditawarkan untuk membeli rumah-rumah PKNS namun oleh kerana pendapatan yang kecil dan tidak menentu, pihak pemberi pinjaman tidak mahu menerima permohonan mereka.
YB Xavier selaku Exco bagi Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin telah memberikan penerangan yang sangat baik disamping berjanji dirinya sendiri akan memantau dan melaksanakan apa yang termampu bagi mencari penyelesaian. Beliau meminta agar penduduk kampung menubuhkan satu jawatankuasa dan akan mengadakan satu pertemuan di pejabat beliau dalam waktu terdekat.
YB Saari Sungib yang turut hadir bagi menggantikan YB Iskandar Samad turut sama berjanji akan memberikan kerjasama dalam menangani masalah penduduk miskin ini. Sebagai pengganti, beliau akan mengutarakan segala permasalahan hari ini kepada YB Iskandar yang juga selaku exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan.
Aktiviti berakhir kira-kira jam 12.30 petang dan diakhiri dengan sedikit sumbangan yang disampaikan oleh YB Xavier kepada penduduk-penduduk yang layak. Majlis bersurai selepas makan tengah hari.
p/s: Pada pandangan teman, permasalahan utamanya adalah kemiskinan. Walaupun petempatan ini kecil namun ianya agak hampir dengan pekan namun seolah-olah dipinggirkan dari peta kemajuan Selangor! Projek Lembah Bernam yang dijalankan betul-betul diatas tanah tempat tinggal mereka sepatutnya memberikan banyak kelebihan namun akhirnya mereka yang terpaksa mencari tempat tinggal baru!
sedikit rakaman peristiwa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan