"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PERKASA tuntut pemimpin MCA, Gerakan mohon maaf daklam tempoh 48 jam

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) memberikan tempoh 48 jam kepada dua pemimpin Cina daripada MCA dan Gerakan, serta dua akhbar berbahasa Cina supaya memohan maaf secara terbuka kerana "melabelkan NGO itu sebagai perkauman".

Ketua Wiranya Arman Azha Abu Hanifah berkata, pihak-pihak tersebut ialah timbalan setiausaha Pemuda MCA Low Ghew Jun,Ketua Gerakan Pulau Pinang Teng Hock Nam, akhbar
Sin Chew Daily dan China Press.

"Kita bukan pertubuhan perkauman dan berhaluan kanan. Semua ini berlaku apabila mereka tidak melihat kepada diri sendiri, tetapi banyak melihat kepada kesalahan orang lain," kata Arman Azha.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: